KUALA LUMPUR: Perjawatan 12,800 doktor tetap akan mengambil kira pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan siswazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia serta memenuhi syarat pelantikan secara tetap.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata Kementerian Kesihatan (KKM) komited dan akan menyusul perkara itu agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.
"Selain daripada itu, KKM juga sedang memperhalusi isu-isu yang lain berkaitan pegawai perubatan kontrak termasuk maklum balas yang dikumpul semasa sesi Townhall pada 22 Feb 2023 yang lalu.
"Perkara ini akan dibentangkan ke hadapan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang telah ditubuhkan berdasarkan keputusan kerajaan pada 31 Mac," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 12,800 daripada 20,330 doktor lantikan kontrak akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun dengan membabitkan peruntukan tambahan RM1.7 bilion.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata kerajaan juga sedang mengkaji pemanjangan elaun lokum kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional di KKM selain pegawai perubatan.
"Di samping itu, KKM masih meneruskan pelantikan kontrak bagi tujuan latihan siswazah (housemanship) yang turut memberi implikasi kepada peningkatan kos emolumen KKM pada setiap tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata Kementerian Kesihatan (KKM) komited dan akan menyusul perkara itu agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur dan berkesan. - Gambar fail/BERNAMA
Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind
Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan.
"Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
AWANI Tonight: Microsoft to invest RM10.5 bil in cloud, AI services
Microsoft has pledged RM10.5 billion investment in artificial intelligence (AI) and cloud computing to help develop Malaysia’s AI infrastructure.
AWANI Tonight: UCLA pro-Palestine students in standoff with police
Hundreds of police officers made their way to the UCLA campus, warning pro-Palestinian demonstrators that they would be arrested for unlawful assembly if they did not leave.
AWANI Tonight: Building smart homes, innovating customer experiences
Around 500 to 700 million LG products are in use worldwide, many of which contain AI sensors to learn and analyse users' lifestyles. Astro AWANI correspondent Faye Kwan reports on how the firm makes use of its access to this wealth of data.
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Pelantikan tetap doktor ikut kriteria, diurus secara teratur
Kementerian Kesihatan (KKM) komited dan akan menyusul perkara itu agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.