MALAYSIA
Pelarasan jadual bas elektrik tingkatkan pengalaman pelancong ke Semenggoh
Abdul Karim berkata perkhidmatan bas elektrik percuma itu turut melalui beberapa hotel utama di sekitar Kuching bagi memudahkan pergerakan pelancong dan penduduk tempatan. - Gambar Bernama
KUCHING: Jadual perjalanan bas elektrik percuma ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh di sini, telah diselaras semula bagi meningkatkan pengalaman pelancong, khususnya dalam memastikan ketibaan tepat pada waktu sesi pemberian makanan orang utan.
Ringkasan AI
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pelarasan itu dibuat selepas mendapati jadual terdahulu telah menyebabkan sebahagian pelancong tiba lewat, sekali gus terlepas peluang menyaksikan sesi pemberian makanan haiwan berkenaan.
"Berdasarkan jadual lama, ada bas yang tidak digunakan sepenuhnya kerana pelancong tiba selepas waktu makan orang utan. Jadi, jadual itu perlu diselaras supaya lebih memenuhi kehendak pelancong," katanya.
"Waktu pemberian makanan orang utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh dibuat dua kali sehari, iaitu kira-kira 10 pagi serta antara 3 hingga 4 petang, dan jadual baharu bas kini disusun lebih awal bagi memenuhi keperluan tersebut," katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja menaiki bas elektrik dari Open Air Market ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, hari ini.
Beliau berkata lawatan itu bagi menilai keberkesanan laluan serta jadual baharu yang diperkenalkan, selain memastikan penggunaan perkhidmatan bas elektrik itu lebih optimum serta sejajar dengan jadual aktiviti utama di pusat hidupan liar berkenaan.
Abdul Karim berkata perkhidmatan bas elektrik percuma itu turut melalui beberapa hotel utama di sekitar Kuching bagi memudahkan pergerakan pelancong dan penduduk tempatan.
Setakat ini, Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan empat bas elektrik yang mesra alam, selaras dengan komitmen ke arah pelancongan mampan dan pengurangan pelepasan karbon.
Perkhidmatan bas elektrik percuma itu turut melibatkan perjalanan dari bandar Kuching ke Kampung Budaya Sarawak di Santubong, dengan maklumat dan jadual perjalanan boleh disemak menerusi laman web https://mtcp.sarawak.gov.my atau aplikasi Kuching Metro.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jadual perjalanan bas elektrik percuma ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh diselaras semula bagi memastikan ketibaan tepat pada waktu sesi pemberian makanan orang utan.
- Menteri Pelancongan Sarawak mendapati jadual terdahulu menyebabkan kelewatan pelancong, mengakibatkan mereka terlepas peluang menyaksikan pemberian makanan haiwan berkenaan.
- Bas elektrik percuma yang mesra alam turut beroperasi dari Kuching ke Kampung Budaya Sarawak di Santubong, sebagai inisiatif kerajaan Sarawak dalam menggalakkan pelancongan mampan dan pengurangan pelepasan karbon.