MALAYSIA
Pelarian Myanmar di Malaysia satu beban atau manfaat?
Daripada lebih 200,260 pelarian dan pemohon suaka berdaftar di Malaysia, sejumlah 179,020 orang merupakan warga Myanmar yang terdiri daripada etnik Rohingya, Chin, Mon, Shan dan lain-lain. - Astro AWANI/Seth Akmal
KUALA LUMPUR : Pelarian Myanmar di Malaysia terus meningkat saban tahun dilihat sebagai 'beban' nasional yang perlu diurus secara teliti.
Data rasmi Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) sehingga Mei 2025 merekodkan lebih 200,260 pelarian dan pemohon suaka berdaftar di Malaysia.
Daripada jumlah itu, 179,020 adalah warga Myanmar, terdiri daripada etnik Rohingya, Chin, Mon, Shan dan lain-lain.
Naib Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (Polisi Pelarian), Ahmad Tarmizi Sulaiman berpandangan, kehadiran pelarian perlu diurus secara strategik agar memberi manfaat kepada negara.
“Kalau kita silap menguruskannya, ia akan menjadi beban tetapi kalau kita bijak, ia juga satu ruang untuk saya katakan pelarian ini boleh mengisi tenaga kerja asing yang sememangnya kita ambil daripada luar pada masa kini.
“Bahkan ia menjadi pelaburan atau manfaat untuk kita, (dengan) mengisi mereka ini di ruang dalam sektor pekerjaan yang kita sangat perlukan, (seperti) peladangan, pembinaan konstruksi dan sebagainya,” katanya.
Ahli Parlimen Sik itu juga menggesa agar program repatriasi ke atas pelarian wajar diperkasa sebagai persediaan pulang ke negara asal tanpa paksaan.
“Perlu dijayakan dan diperbaiki segala kelemahan yang ada termasuk memberi keyakinan kepada para pelarian ini bahawa adalah selamat jika mereka balik dan tidak lagi menjadi mangsa konflik di negara asalnya,” katanya semasa wawancara bersama Astro AWANI.
Sementara itu, Ketua Pusat Kajian Asia IKMAS UKM, Andika Ab Wahab berpendapat, kerajaan harus segera lakukan proses pendataan pelarian sebagai langkah mengawal selia kehadiran para pelarian di negara ini.
“Kerajaan perlu ada sedikit ownership, sebab mereka ini berada di wilayah kedaulatan Malaysia, dan
seharusnya kerajaan mengambil inisiatif pendaftaran untuk pelarian.
“Itu adalah tanggungjawab Malaysia dan tidak seharusnya kerajaan memberikan 100 peratus tugasan tersebut kepada UNHCR.
“Sama ada suka ataupun tidak, kita tidak boleh hantar mereka pulang dan resettlement ataupun penghantaran ke negara ketiga mengambil masa yang lama, jadi mereka akan tinggal di Malaysia,” katanya.
Malah Andika turut menegaskan proses pendataan penting agar pemantauan dapat dilakukan ke atas pusat komuniti yang mengurus hal ehwal pelarian agar tiada gejala negatif seperti pemerdagangan manusia, penindasan terhadap kanak-kanak dan pengubahan wang haram.
Beliau turut mengimbas langkah ideal yang dilaksanakan oleh kerajaan menubuhkan Hospital Medan di Cox’s Bazar, Bangladesh dari 2017 hingga 2020 bagi membantu pelarian Rohingya di kem tersebut.
Menurutnya, langkah tersebut strategik dan mengelak dari kebanjiran pelarian datang ke Malaysia kerana fasiliti asas telah tersedia di sana.
“Kita melabur dengan membina hospital untuk merawat pesakit. Apabila pesakit sihat dan ceria, mereka tidak akan keluar dari kem pelarian tersebut.
“Kita hentikan kedatangan dengan lebih berperikemanusiaan. Kita berikan bantuan yang terbaik untuk Bangladesh juga,” katanya.
Umum mengetahui majoriti dalam kalangan pelarian itu terpaksa meninggalkan tanah air atas sebab nyawa mereka terancam susulan dari polemik politik daripada pemerintah yang autokratik.
Namun, Malaysia sebagai negara demokrasi dalam usah membantu rakyat di negara konflik seharusnya memikirkan dasar yang lebih sistematik agar kebanjiran para pelarian tidak menjadi beban dan dapat dimanfaatkan bersama.