awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarian Rohingya: Indonesia halang bot asing masuk perairan negaranya

AFP
AFP
18/05/2015
08:04 MYT
Pelarian Rohingya: Indonesia halang bot asing masuk perairan negaranya
Hampir 3,000 pelarian membanjiri kawasan perairan Indonesia, Malaysia dan Thailand sepanjang minggu lalu.
Tentera Laut Indonesia telah menghalang sebuah bot yang disyaki membawa pendatang asing dari memasuki perairan negara itu hujung minggu lalu, selepas ketibaan ratusan warga Rohingya dan Bangladesh memaksa rondaan di kawasan berkenaan dipertingkatkan.
Hampir 3,000 pelarian membanjiri kawasan perairan Indonesia, Malaysia dan Thailand sepanjang minggu lalu, dengan separuh daripada mereka kini berada di wilayah barat Aceh.
Kebanyakan pelarian tersebut diselamatkan oleh nelayan, dan banyak cerita tentang keganasan dan kekejaman yang berlaku di atas bot mula tersebar.
Ahad lepas, Tentera Laut Indonesia menghalang sebuah bot daripada memasuki perairan mereka selepas bot berkenaan sebelum itu dilihat merentasi Selat Melaka dari Malaysia, kata jurucakapnya, Fuad Basya kepada AFP.
Negara-negara Asia Tenggara menerima tekanan agar mengambil tindakan untuk membantu pelarian-pelarian tersebut, dan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN, mendesak Myanmar agar bersetuju untuk berunding mengenai isu ini.
Menteri Luar Malaysia, Dato' Seri Anifah Aman dijadualkan mempengerusikan rundingan tersebut.
Topic Berkaitan
#barat Aceh
#Fuad Basya
#pelarian
#Rohingya
#Tentera Laut Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan