Skip to main content

Gaya Hidup

"Pelawak Bukan Lagi Bahan Perencah, Tetapi Bahan Utama" - Zizan Razak

dscfwedfewdw.jpg.aspx
dscfwedfewdw.jpg
Zizan dilihat begitu agresif menyambar apa jua 'job' yang datang. Zizan boleh berlakon, menyanyi, menari, mengacara dan apa saja. Tidak penatkah?

Kalau kata penat dah kira merungut pula. Saya tahu ada yang kata saya tamak, tapi saya kira ini rezeki dan ia juga pekerjaan yang memang menjadi minat saya. Saya sedar saya tiada ijazah atau apa jua sijil akademik, jadi inilah punca rezeki saya. Saya suka buat orang gembira. Mereka bayar saya, saya gembirakan mereka, melainkan satu hari nanti mereka sudah tidak mahu saya, barulah saya berehat. Saya sentiasa inginkan setiap bayaran yang mereka laburkan, berbaloi dengan apa yang saya beri.

Zizan antara pelawak yang mahal tidak kira daripada segi bayaran lakonan, apa lagi sebagai duta produk. Zizan 'demand' atau itu sudah 'standard' Zizan?

Eh, ya ke? Mana tau ni? Rasanya ada yang lebih mahal daripada saya kot. Saya pun tidak tahu harga pasaran saya berapa? Soal harga, pengurus yang tetapkan. Mungkin dia yang berasakan saya ada harga di situ, jadi bayaran juga perlu setimpal dengan apa yang saya kerjakan. Mudahnya, kalau kita mahu meletakkan sebarang bayaran, kita perlulah ada ‘sesuatu’ untuk dijual. Bagi saya, ini jalan yang kita pilih menjadi public figure. Memang ada sesetengahnya tak faham situasi kita. Ada yang kadang-kadang mereka cuma ‘alah, kau cakap-cakap je sekejap’. Itu menunjukkan betapa mereka memandang cincainya kerja pelawak tetapi hari ini pelawak dilayan lebih profesional. Pelawak bukan lagi bahan perencah tetapi bahan utama. Jika tidak, masakan pelawak pun boleh diangkat sebagai hero filem, kan?
 

Topic Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement