awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelbagai burung termasuk spesies terancam kembali ke Tasik Kenyir

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
26/03/2022
22:45 MYT
Pelbagai burung termasuk spesies terancam kembali ke Tasik Kenyir
Kenyir Hornbill Valley di Bukit Lawit, Tasik Kenyir adalah antara 125 lokasi di Asia Tenggara yang terbaik untuk aktiviti melihat burung. - Astro AWANI
HULU TERENGGANU: Sebanyak 40 spesis burung baharu termasuk yang dikategorikan sebagai terancam kembali berhijrah ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu menjadikan spesies burung yang dapat dilihat di kawasan berkenaan mencecah 336.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata antaranya termasuklah burung sewah tekukur besar, burung hantu kuang kuik, burung tukang kelab dan burung sultan tit.
Menurut Razali, pertambahan spesis burung membuktikan bahawa ekosistem dan alam semula jadi di Tasik Kenyir yang sentiasa terjaga dan lestari menjadi daya penarik kepada burung-burung untuk berhijrah ke kawasan itu.
Jelasnya, Kenyir Hornbill Valley di Bukit Lawit, Tasik Kenyir adalah antara 125 lokasi di Asia Tenggara yang terbaik untuk aktiviti melihat burung.
"Setiap tahun kita ada dua hari untuk program ini untuk memberi pengenalan kepada spesies-spesies baharu yang ada di Lawit, di tasik ini.
"Untuk kita menaikkan taraf Tasik Kenyir, semua orang harus menjadi ejen pemasaran di samping sahabat daripada luar dan kita sebagai petugas Ketengah dan pengusaha Tasik Kenyir, sama-sama kita kena jadi ejen pemasaran untuk pembangunan Tasik Kenyir ini," katanya.
Razali berkata Tasik Kenyir memiliki lebih 300 buah pulau turut terkenal dengan keindahan air terjun, taman orkid, Gua Bewah serta taman perlindungan ikan kelah.
Menurutnya, Tasik Kenyir menjadi tarikan utama sebagai destinasi wajib mengunjung turut menyediakan perkhidmatan 'houseboat' bagi pengunjung untuk menikmati keindahan tasik berkenaan secara keseluruhan.
Beliau berkata demikian pada Program Kenyir Bird and Nature Quest 2022.
Topic Berkaitan
#burung
#Tasik Kenyur
#spesies terancam
#ekosistem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan