GEORGE TOWN: Hotel-hotel di Pulau Pinang kini mempergiatkan promosi di luar negara baik secara bersemuka mahu pun dalam talian terutama di China dan India yang ketika ini mendapat pengecualian visa untuk masuk ke negara ini.
Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Tony Goh berkata, selain memperkenalkan hotel-hotel dan produk pelancongan di negeri ini, promosi itu turut menawarkan diskaun bilik-bilik hotel.
"Pakej promosi oleh hotel itu memang telah lama dijalankan tetapi sejak kerajaan memperkenalkan pengecualian visa ini kita bersama pihak hotel mempergiatkan promosi supaya dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara China dan India ke Pulau Pinang.
"Selain dibuat secara dalam talian menerusi laman sosial dan sesawang hotel, ada juga wakil hotel yang ke negara itu untuk buat promosi secara bersemuka terus kepada pelancong di sana supaya dapat memberi penerangan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Goh berkata, langkah pengecualian visa itu dijangka meningkatkan jumlah pelancong dari China dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha produk pelancongan dan ekonomi negeri.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, kerajaan negeri kini giat menjalankan perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan di China supaya diadakan lebih banyak penerbangan terus dari negara itu.
"Setakat ini terdapat dua penerbangan terus dari China ke Pulau Pinang dan tiada penerbangan terus dari India ke negeri ini. Kami sedang berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan di India untuk mengadakan penerbangan terus ke Pulau Pinang," katanya.
Wong berkata, selain itu, mengikut perancangan pihaknya juga akan mengadakan jerayawara di China bersama wakil hotel dan pengusaha produk pelancongan di Pulau Pinang bagi mempromosi negeri ini kepada agensi pelancongan di negara berkenaan awal tahun depan.
"Bagi jerayawara di China, ia adalah serampang dua mata iaitu selain promosi untuk individu atau kumpulan kecil, kami juga menawarkan produk pelancongan untuk kumpulan besar dengan perkhidmatan seminar di Pulau Pinang kerana kita mempunyai beberapa pusat konvensyen yang mampu menampung jumlah yang ramai," katanya sambil memberitahu pihaknya turut menawarkan promosi secara digital.
Pengurus Kampung Agong, Mohamad Ikram Izzat Roslan ketika dihubungi Bernama pula berkata pihaknya turut bekerjasama dengan lebih 20 agensi pelancongan bagi mempromosi Kampung Agong kepada pelancong asing terutama dari China.
"Kami harap dengan pengecualian visa ini lebih ramai yang datang ke sini," katanya.
Kampung Agong, yang terletak di Penaga, Kepala Batas itu berkonsepkan perkampungan tradisional yang memberikan aura berbeza dengan panorama indah, persekitarannya menghijau dan replika seni bina unik seakan-akan berada di pusat percutian di luar negara. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Ramai pelancong China mengunjungi tempat-tempat bersejarah di Pulau Mutiara berikutan diberi kebenaran visa percuma. Rakyat China dan India diberi visa percuma selama 30 hari untuk kemasukan ke negara ini bermula 1 Disember ini. - Gambar Bernama
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
STB menyasarkan 580,000 pelancong Indonesia tahun ini, dengan Sarawak menerima 540,000 pelancong setakat Oktober lalu.
Yuran masuk ke Istana Himeji Jepun meningkat lebih dua kali ganda untuk bukan pemastautin
Kerajaan tempatan Himeji di Wilayah Hyogo, akan mengemukakan rang undang-undang pada Mac untuk menaikkan harga tiket dewasa.
ERL, Tourism Malaysia meterai MOC, promosi VM2026 dan lancarkan perjalanan pelancong
ERL dan Tourism Malaysia akan bekerjasama untuk mempromosikan KL TravelPass, satu tiket bagi semua pengangkutan dan tawaran lain melalui pelbagai saluran digital.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
Pelancong Jepun terlibat nahas bas di Taiping meninggal dunia
Polis berkata wanita berusia 73 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam semalam ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
Kemboja catat 4.8 juta pelancong antarabangsa dalam 9 bulan pertama 2024
Jumlah itu mencapai 99.7 peratus daripada angka pada sembilan bulan pertama 2019, sebelum era pandemik COVID-19.