TAWAU: Pengusaha dan pekebun di Sabah disaran mempelbagaikan tanaman komoditi termasuk menanam buah-buahan bagi mengimbangi pendapatan harian dan sebagai persediaan jika berlaku kejatuhan harga tanaman tertentu.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, harga setiap komoditi pertanian adalah mengikut pasaran semasa dan jika satu komoditi sahaja ditanam misalnya sawit, kemudian harga buah sawit jatuh, ia semestinya akan memberi kesan langsung kepada pekebun sawit.
"Sebab itu petani, peneroka, pekebun jangan bergantung atau tumpu terhadap tanam satu jenis komoditi sahaja, bila harga satu tanaman jatuh, mereka akan menghadapi masalah, mereka perlu ada mix farming (pertanian campur) untuk membantu mempelbagai pendapatan," katanya dalam kenyataan sempena lawatan ke Kampung Rancangan Apas Proper di sini hari ini.
Katanya, pelbagai tanaman lain boleh diusahakan seperti durian musang king, nanas, avokado dan pelbagai sayuran yang mempunyai permintaan tinggi dan pasaran baik sekali gus membantu meningkatkan pendapatan pekebun.
Selain itu, Bung Moktar berkata pekebun diharapkan tidak terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing dalam mengusahakan sektor komoditi pertanian sebaliknya berusaha menarik pekerja tempatan untuk terbabit dalam sektor berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Bung Moktar yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata, UMNO sentiasa membuka pintu kepada bekas ahli yang ingin kembali kepada parti dengan niat individu berkenaan ikhlas bersama UMNO.
"Rakyat mulai menerima semula perjuangan Barisan Nasional (BN) dan UMNO, buktinya rakyat memilih BN dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil serta Pilihan Raya Negeri yang diadakan di beberapa negeri.
"UMNO dan BN semakin mendapat tempat di hati rakyat berdasarkan komitmen parti membantu rakyat dari dulu sehingga sekarang," katanya yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ahli Parlimen Kinabatangan.
Menurutnya rakyat bijak untuk menilai perkara yang dilaksanakan BN ketika menerajui negara temasuk memastikan kestabilan ekonomi dan politik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Petani, peneroka dan pekebun dinasihat jangan bergantung atau tumpu terhadap tanam satu jenis komoditi sahaja. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
TVET dalam pertanian penting, jamin keterjaminan makanan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan memperkasakan Program TVET dalam bidang pertanian dengan melahirkan lebih ramai siswazah.
Negara di landasan tepat kurangkan kebergantungan bawang merah import
Tahun 2024 adalah masa untuk mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran.
Dahulu jurutera, juruterbang TUDM, kini Mohd Farid dan Ahmad Haziq bergelar usahawan tani
Pengalaman dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan penerbangan selama 10 tahun tidak disia-siakan sebaliknya dimanfaatkan sebaik mungkin.
Produk haiwan, pertanian dari Korea dirampas
Rampasan dibuat hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena tersebut kira-kira jam 3.30 petang.
Pelantikan Johari Abdul Ghani diharap dapat teruskan kemampanan industri sawit negara
Johari dilihat berpengalaman dalam sektor korporat dan sebagai mantan Menteri Kewangan II pula menunjukkan pengalamannya dalam urusan pentadbiran negara.
Persepsi belia terhadap bidang pertanian perlu diubah - Chan
Kurangnya penglibatan golongan belia di negara ini dalam sektor pertanian menyebabkan kerjaya bidang itu diambil alih tenaga kerja warga asing.
MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian
Nuklear Malaysia memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.
Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.
Veteran ATM digalakkan jadi usahawan pertanian
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digalakkan untuk menyertai bidang keusahawanan terutamanya dalam bidang pertanian sama ada secara berkelompok atau menerusi koperasi.