awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran kini "serius berbincang" dengan AS - Trump
Penunggang motosikal maut digilis treler
NVIDIA dilapor tangguh rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion dalam OpenAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelihara keharmonian, kepelbagaian sebagai jati diri negara - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
31/01/2026
21:45 MYT
Pelihara keharmonian, kepelbagaian sebagai jati diri negara - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia yang meraikannya. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keharmonian yang Malaysia kecapi hari ini lahir daripada sikap saling menghormati serta kesediaan untuk berkongsi ruang sebagai sebuah negara yang berpaksikan perpaduan.
Sehubungan dengan itu, Ahmad Zahid menerusi hantaran di akaun X berkata nilai itu mesti terus dipelihara agar keamanan dan kestabilan negara kekal terjamin untuk generasi akan datang.
"Kepelbagaian budaya dan agama antara asas utama yang membentuk jati diri negara. Dalam perbezaan, kita belajar untuk saling memahami. Dalam kepelbagaian, kita menemukan kekuatan untuk terus hidup sebagai satu masyarakat yang bersatu," katanya.
Dalam hantaran itu, beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia yang meraikannya, dan berharap semoga perpaduan yang dikecapi negara terus dipelihara agar Malaysia kekal aman, stabil serta sejahtera untuk generasi hari ini serta masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Thaipusam
#jati diri
#harmoni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan