MALAYSIA
Pelihara nilai budaya semasa Kaamatan - Tun Musa
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menegaskan mengenai pentingnya untuk terus memelihara nilai budaya semasa sambutan Pesta Kaamatan. - Foto Facebook Musa Aman
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menegaskan mengenai pentingnya untuk terus memelihara nilai budaya semasa sambutan Pesta Kaamatan.
Dalam ucapannya sempena Pesta Kaamatan hari ini, beliau turut menyatakan bahawa Pesta Kaamatan merupakan perayaan penting sebagai lambang kesyukuran terhadap hasil tuaian padi yang melimpah ruah, mencerminkan warisan pertanian komuniti tempatan.
"Perayaan ini menjadi antara yang penting dalam budaya tempatan kita dan komuniti di sini menghormati serta meraikannya. Ia telah menyumbang kepada pengukuhan persahabatan antara pelbagai kumpulan pribumi dan etnik di Sabah serta mengukuhkan pemahaman terhadap perbezaan, khusus dalam amalan budaya," katanya.
Beliau turut memuji kekuatan rakyat Sabah dalam mengekalkan nilai-nilai tradisional di samping meraikan kepelbagaian.
"Sabah kekal sebagai tempat pertemuan pelbagai kumpulan etnik yang hidup dengan harmoni. Perpaduan yang kita nikmati di Sabah ini adalah contoh buat Malaysia," katanya.
Tun Musa juga menzahirkan rasa bangga terhadap warisan unik Sabah yang bukan sahaja penting untuk rakyat Malaysia tetapi juga kepada komuniti global.
-- BERNAMA