MALAYSIA
Peluasan bidang kuasa Ombudsman Malaysia tertakluk persetujuan kerajaan negeri - Azalina
Azalina bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Proses libat urus berhubung cadangan peluasan bidang kuasa Ombudsman Malaysia ke peringkat negeri yang sepatutnya selesai Julai lepas, tertangguh berikutan bantahan daripada beberapa kerajaan negeri.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata bantahan itu timbul kerana ada negeri yang sudah mempunyai ombudsman sendiri, manakala ada yang sedang dalam proses menubuhkan badan berkenaan.
"Ada juga negeri yang tak nak langsung campur tangan, walaupun dari segi pemantauan kepada agensi-agensi di peringkat negeri mereka," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang ingin tahu adakah Ombudsman Malaysia akan mengendalikan hal-hal di luar bidang kuasa kerajaan Persekutuan.
Azalina berkata penubuhan Ombudsman Malaysia bertujuan memperkukuh tadbir urus yang baik, meningkatkan akauntabiliti perkhidmatan awam dan menyediakan saluran aduan lebih berkesan.
Beliau berkata buat masa ini, cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia akan meliputi agensi Persekutuan sahaja dan pihaknya meneliti kemungkinan peluasan bidang kuasa kepada agensi di peringkat negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Cadangan peluasan bidang kuasa Ombudsman Malaysia ke negeri tertangguh kerana bantahan beberapa kerajaan negeri yang sudah ada ombudsman sendiri atau sedang menubuhkannya.
- Ada negeri enggan campur tangan Persekutuan, termasuk dalam aspek pemantauan agensi negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Buat masa ini, Ombudsman Malaysia hanya meliputi agensi Persekutuan, dengan peluasan ke peringkat negeri tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri.