DUNGUN: Isteri kepada seorang penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) tidak menyangka pelukan dan ciuman diberikan suaminya sebelum memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika final Piala Malaysia 2023 baru-baru ini adalah yang terakhir sebelum lelaki itu meninggal dunia akibat serangan jantung.
Nor Asiah Rashid, 37, berkata dia dan suaminya, Mohd Zaki Deraman, 57, serta anak mereka, Ziqry Ilham Haqyal, 9, duduk berasingan ketika perlawanan bola sepak itu berlangsung.
"Kami duduk berasingan kerana pergi bersama rakan-rakan. Sebelum masuk stadium saya ada tanya dia, abang OK ke duduk sekali dengan kawan-kawan, dia cakap tak apalah.
"Saya terkejut sebab secara spontan dia peluk dan cium saya macam kami nak 'berpisah' sedangkan dari tempat duduk saya itu, saya nampak dia dengan kawan-kawannya.
"Waktu itu saya tak fikir apa-apa sebab kami sudah biasa pergi stadium tengok bola sama-sama, cuma kali ini saya rasa sikap dia agak berlainan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Menurut Nor Asiah, dia tidak menyangka suaminya itu mengalami serangan jantung kerana hanya tahu lelaki itu ada memberitahu rakannya untuk ke tandas pada minit akhir perlawanan, malam Jumaat lalu.
"Waktu saya keluar stadium lepas habis perlawanan, saya telefon suami tapi polis yang angkat dan minta saya pergi ke ambulans di pekarangan stadium.
"Waktu itu dia tak beritahu lagi apa yang berlaku, cuma cakap suami pengsan dan minta saya buat pilihan nak ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan naik ambulans atau pergi sendiri naik LRT sebab waktu itu jalan jem," katanya.
Jelas Nor Asiah, suaminya disahkan meninggal dunia ketika tiba di HUKM dan jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru, Kuala Abang, Dungun selepas Asar pada Sabtu.
"Saya bersyukur semua urusan untuk pengebumian jenazah suami bermula dari hospital sehingga tiba ke Terengganu berjalan dengan lancar.
"Saya juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami sekeluarga dan semoga setiap doa anda semua diberikan dibalas dengan kebaikan," katanya.
Bercerita lanjut, Nor Asiah berkata, dia dan suaminya baru pulang menunaikan umrah pada 7 Oktober lalu.
Katanya, suaminya mempunyai rekod penyakit jantung dan pernah diserang penyakit itu pada 2019. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 10 2023
Nor Asiah sempat merakam gambar di samping suaminya, Mohd Zaki pada Jumaat lalu. - Foto Sinar Harian
Ujian pemeriksaan imigresen guna kod QR di KSAB lancar
Proses pengujian pemeriksaan imigresen menggunakan Kod QR untuk perkhidmatan bas dan motosikal di KSAB berjalan lancar.
Pokok tumbang hempap kereta, 5 termasuk 2 dua kanak-kanak selamat
Lima individu berdepan detik mencemaskan selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang semasa dalam perjalanan di Jalan Kapar Batu 6, Klang, dekat sini hari ini.
PRU India: Parti Modi mendahului, prestasi pembangkang lebih baik daripada jangkaan
Blok pembangkang India memberikan tentangan lebih baik daripada jangkaan dalam pilihan raya parlimen tetapi parti Perdana Menteri Narendra Modi kini mendahului jumlah kerusi.
Pendekkan tempoh proses dan prosedur permohonan sijil Halal kepada 15 hari
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta memendekkan tempoh proses dan prosedur permohonan bagi sijil pengesahan halal Malaysia kepada 15 hari.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Pengeluaran gas asli negara melonjak 9.1 peratus
Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 9.1 peratus pada suku pertama 2024 kepada 799.8 bilion kaki padu berbanding dengan 733.3 bilion kaki padu pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Sektor pembuatan meningkat 50.2 peratus pada Mei
Pelarasan bermusim Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia S&P Global meningkat kepada 50.2 pada Mei 2024 daripada 49.0 yang dicatatkan pada April 2024, menunjukkan keadaan sektor pembuatan bertambah baik selepas penyederhanaan selama 20 bulan
Institusi tempatan kembali jadi pembeli bersih di Bursa Malaysia
Institusi tempatan mengakhiri jualan bersih mereka yang berturutan selama empat minggu di Bursa Malaysia dengan membeli sejumlah RM1.03 bilion saham minggu lalu.
Kesuma sasar satu juta pekerja sendiri carum SKSPS tahun ini - Steven Sim
Unjuran positif itu susulan data daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan seramai 622,473 pencarum setakat ini.
Malaysia sasar 100,000 tan metrik daging tempatan menjelang 2030 - Mohamad Sabu
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 tan metrik pengeluaran daging tempatan menjelang 2030.
Impian terakhir Muslim Ahmad
BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.
Spekulasi perpindahan: Kapten skuad B-23 Kyrgyzstan dalam radar dua pasukan Liga Super?
Dua pasukan Liga Super dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan kapten skuad B-23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.
Rahsia 10 tahun kejayaan JDT
Antara elemen penting ialah sikap profesional dan kemudahan yang dimiliki JDT serta sokongan komuniti dan peminat.
Pelukan, ciuman terakhir suami sebelum meninggal dunia ketika final Piala Malaysia
Nor Asiah berkata dia dan suaminya, serta anak mereka, duduk berasingan ketika perlawanan bola sepak itu berlangsung.
Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat
Kapten JDT Jordi Amat percaya pengadil membuat keputusan yang tepat dengan tidak mengeluarkannya daripada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak
Keadaan hujan lebat yang turun sebelum perlawanan juga tidak menukar padang menjadi 'bendang'.
Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini
Ia bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC.
Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil sudah 90 peratus bersedia untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini.
'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.
PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus
Beliau yakin skuad Penyu telah membuat persiapan terbaik untuk menghadapi JDT yang dilihat sebagai pasukan pilihan.