KUALA NERUS: Perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak dekat sini dihentikan serta-merta, selepas seorang pesertanya maut ketika perlumbaan.
Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.
Menurut penganjur, siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir esok ditamatkan serta-merta hari ini dan akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain, bagi menghormati mangsa dan keluarga.
"MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga.
"Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag, mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yg akan ditentukan kelak," kata kenyataan itu.
Menurut sumber seorang pelumba drag Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi tadi.
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya, hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya. - Foto: Facebook/Pieemotorsport Plg
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax
Ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.
Umat Islam warga Astro adakan bacaan Yassin buat Faisal Halim
Hampir 100 kakitangan Astro menyertai bacaan Yassin buat kesembuhan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim pada Rabu.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim
Selangor melancarkan kempen solidariti 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!' berikutan pemain mereka, Faisal Halim, dianiayai apabila disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu.
Perkembangan hari keempat insiden melibatkan Faisal Halim
Hari keempat, insiden melibatkan Faisal Halim masih menjadi tumpuan hari ini.
Beliau kini masih dirawat di hospital dan dikhabarkan keadaan beliau semakin baik.
Ridauddin Daud ada perkembangan semasa berhubung kes IMO.
Beliau kini masih dirawat di hospital dan dikhabarkan keadaan beliau semakin baik.
Ridauddin Daud ada perkembangan semasa berhubung kes IMO.
OpenAI lancar alat kesan imej dijana DALL.E dengan ketepatan 98.8%
Ia walau bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk mengesan imej yang dijana oleh Midjourney atau Stability.
Pasaran saham Malaysia kini terbaik di Asia Tenggara - MIDF Research
Bursa Malaysia merupakan pasaran saham terbaik di ASEAN ketika ini berdasarkan FBM KLCI yang meningkat 10.4% dari awal tahun hingga tarikh semasa (YTD).
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat pasport lawat keluarga yang sakit di Australia
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu susulan permohonan peguam bela Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad.
Nasib Ten Hag selepas final Piala FA
Manchester United tidak akan memecat Erik ten Hag sebelum perlawanan akhir Piala FA bulan ini.
Pelumba drag maut, perlumbaan dihentikan serta-merta
Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.