MALAYSIA
Pelupusan sisa haram di Bukit Pelandok: EAIC syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS
EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan dan syor kepada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah JAS, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tatatertib JAS.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah menjalankan siasatan ke atas aduan terhadap ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan JAS Negeri Sembilan melibatkan kes pelupusan bahan terjadual secara haram di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.
Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan dan syor kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah JAS Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tatatertib jabatan untuk tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai yang terlibat.
"Hasil siasatan ini akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dimaklumkan kepada umum dalam tempoh masa terdekat," menurut EAIC dalam kenyatan hari ini.
Pada Disember 2024, media melaporkan mengenai tapak pelupusan sisa haram di Bukit Pelandok dan hasil siasatan mendapati terdapat dua lokasi yang dijadikan tapak pelupusan haram yang berkedudukan lebih kurang 200 meter antara satu sama lain.
Terdapat lebih kurang 800 tong dan tangki intermediate bulk container (IBC) dipercayai mengandungi sisa kimia yang dilupuskan secara haram di kedua-dua lokasi tersebut yang terlindung di sebalik tembok yang berketinggian lebih kurang tiga meter.
Berdasarkan keputusan analisis sampel buangan yang diperoleh daripada Jabatan Kimia Malaysia, mendapati buangan yang dilupuskan secara haram itu disyaki terdiri daripada cecair yang mengandungi sebatian pelarut terpakai (SW322) serta bahan pepejal dan bekas yang telah dicemari bahan kimia serta buangan terjadual (SW409).
-- BERNAMA