GADGETS

Pemadam api terkecil masuk pasaran Malaysia bulan depan

Bernama 21/04/2016 | 07:28 MYT
Pemadam api buatan Itali, Mangiafuoco, direka untuk kawalan kebakaran kecil. - Foto laman web Mangiafuocco
Berbentuk silinder, seberat 400 gram dan bersaiz lampu suluh menjadikan produk pemadam api buatan Itali 'Mangiafuoco' lebih praktikal untuk digunakan.
Ia dijangka memasuki pasaran negara Mei ini hasil edaran Global Combined Technology Sdn Bhd.
Pengarahnya Mejar (B) Zainal Abdullah berkata produk tersebut mendapat sambutan hangat di Eropah.
"Selain kecil dan ringan yang boleh digenggam kanak-kanak, alat ini sesuai untuk memadam kebakaran berskala kecil.
"Ia menggunakan serbuk potasium yang boleh memadamkan api antara 50 hingga 100 saat," katanya kepada Bernama pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Beliau berkata alat tersebut mungkin dijual pada harga antara RM400 hingga RM480.
#Global Combined Technology #Mangiafuoco #pemadam api terkecil #produk Itali