MALAYSIA
Pemain bola sepak patah tulang kaki terkena serpihan besi di LPT2
Muhammad Irfan menunjukkan gambar serpihan besi yang terkena pada kakinya dalam kejadian pada 24 Oktober lalu. - Foto Facebook ADUN Buluh Gading, Ridzuan Hashim
KUALA TERENGGANU: Seorang pemain bola sepak patah tulang kaki selepas terkena serpihan besi ketika menunggang motosikal di Kilometer (km) 375, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil, Hulu Terengganu.
Ringkasan AI
Mangsa, pemain bola sepak kelab Tanjung Sabtu FC, Muhammad Irfan Ikhram Muhamad Rosli, 19, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika dalam perjalanan pulang dari Cherating menuju ke rumahnya di Kampung Tanjung Sabtu, Manir di sini pada 24 Oktober lalu.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian yang agak gelap dan berbukit, dia tiba-tiba terasa sesuatu mengenai betis kirinya sebelum segera memberhentian motosikal.
"Masa tu sedar-sedar je rasa sakit sangat di bahagian kaki. Bila tengok, betis dah berdarah.
"Mujur masa tu ada kawan-kawan yang konvoi motosikal bersama berhenti dan segera hubungi ambulans dan saya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Muhammad Irfan berkata, insiden itu berlaku di kawasan gelap, tiada lampu jalan dan sering menjadi lokasi kemalangan.
"Saya sendiri tak pasti besi itu datang dari mana sebab keadaan gelap. Mungkin juga ia tiba-tiba terpelanting menembusi motosikal dan terus terkena betis saya," ujarnya.
Jelasnya lagi, doktor mengesahkan tulang pada bahagian kakinya patah dan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
"Doktor sahkan tulang betis saya patah dua, tapi tak perlu masuk besi sebab tulang boleh bercantum semula.
"Sekarang saya masih belum boleh berjalan sebab masih rasa sakit. Mungkin lama lagi baru saya boleh bangun berjalan.
"Saya harap kecederaan ini dapat pulih dengan baik dan saya dapat bermain bola seperti biasa," ujarnya.
Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim meluangkan masa menziarahi Muhammad Irfan di kediamannya di Kampung Tanjung Sabtu.
- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Pemain bola sepak, Muhammad Irfan Ikhram Muhamad Rosli, patah tulang kaki akibat terkena serpihan besi semasa menunggang motosikal di Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu.
- Kejadian berlaku di kawasan gelap dan berbukit, tanpa lampu jalan, yang kerap menjadi lokasi kemalangan, menyebabkan kecederaan yang serius kepada mangsa.
- Muhammad Irfan mengharap kecederaannya boleh pulih dengan baik agar dapat kembali bermain bola sepak seperti sediakala setelah doktor mengesahkan tulang kakinya patah dua dalam insiden tersebut.
Mangsa, pemain bola sepak kelab Tanjung Sabtu FC, Muhammad Irfan Ikhram Muhamad Rosli, 19, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika dalam perjalanan pulang dari Cherating menuju ke rumahnya di Kampung Tanjung Sabtu, Manir di sini pada 24 Oktober lalu.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian yang agak gelap dan berbukit, dia tiba-tiba terasa sesuatu mengenai betis kirinya sebelum segera memberhentian motosikal.
"Masa tu sedar-sedar je rasa sakit sangat di bahagian kaki. Bila tengok, betis dah berdarah.
"Mujur masa tu ada kawan-kawan yang konvoi motosikal bersama berhenti dan segera hubungi ambulans dan saya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Muhammad Irfan berkata, insiden itu berlaku di kawasan gelap, tiada lampu jalan dan sering menjadi lokasi kemalangan.
"Saya sendiri tak pasti besi itu datang dari mana sebab keadaan gelap. Mungkin juga ia tiba-tiba terpelanting menembusi motosikal dan terus terkena betis saya," ujarnya.
Jelasnya lagi, doktor mengesahkan tulang pada bahagian kakinya patah dan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
"Doktor sahkan tulang betis saya patah dua, tapi tak perlu masuk besi sebab tulang boleh bercantum semula.
"Sekarang saya masih belum boleh berjalan sebab masih rasa sakit. Mungkin lama lagi baru saya boleh bangun berjalan.
"Saya harap kecederaan ini dapat pulih dengan baik dan saya dapat bermain bola seperti biasa," ujarnya.
Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim meluangkan masa menziarahi Muhammad Irfan di kediamannya di Kampung Tanjung Sabtu.
- Sinar Harian
#pemain bola sepak
#patah tulang kaki
#LPT2
#Muhammad Irfan Ikhram Muhamad Rosli
#serpihan besi terkena kaki