CANNES (Perancis): Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata pemain industri perlu mencari mekanisme, supaya kandungan kreatif negara tidak dilihat sebagai pasaran yang bersifat 'fragmented', dan seterusnya menggunakan kekuatan yang ada untuk mengetengahkan produk negara ke peringkat antarabangsa.
"Saya diberitahu oleh salah seorang (dalam industri) bahawa Malaysia punya pasaran sangat berpecah kerana filem Melayu orang Melayu tonton, filem Cina orang Cina tonton, filem India orang India tonton. Jadi kita punya pasaran dah relatifnya memang kecil berbanding dengan Thailand, Filipina atau Indonesia.
"Tapi cuba kita cari jalan, bagaimana kita boleh menggunakan itu sebagai satu kekuatan. Ini yang saya nak suruh FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) bekerjasama dengan beberapa penerbit filem, untuk menggunakan kekuatan kita yang bersifat pelbagai bahasa, bukan sahaja orang kita boleh bercakap bahasa Inggeris yang bagus, jadi boleh pergi ke antarabangsa tetapi orang kita boleh bercakap Mandarin, Tamil dan Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemain industri kreatif yang menyertai pameran filem antarabangsa terbesar dunia, Marche Du Film (MARCHE 2022), di Pavilion Malaysia di Palais des Festival, di sini pada Selasa.
Marche Du Film merupakan sebuah pasaran filem terbesar dunia yang mengumpulkan ramai penerbit, pemodal, penyiar, pengedar, pembekal serta pembeli filem dari serata dunia, untuk membina jaringan penjualan kandungan kreatif di peringkat global, selain berkongsi pandangan dan prospek projek filem.
Annuar mengetuai delegasi Malaysia terdiri daripada 13 syarikat tempatan yang menyertai pameran filem selama sembilan hari itu bermula hari ini, dengan 10 syarikat hadir secara fizikal manakala tiga syarikat hadir secara dalam talian.
Mengulas lanjut, Annuar berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhasrat untuk membina semula industri filem negara, memandangkan industri itu mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
"Saya nak suruh cuba kepada satu, dua filem dan saya berani untuk ambil beberapa langkah di luar daripada kebiasaan, iaitu mana-mana penerbit yang mengemukakan cadangan yang saya rasa ada nilai yang kerajaan boleh bagi dokongan, mungkin kita boleh bagi layanan istimewa ataupun program khas, tapi kita nak pupuk dia bersama-sama untuk membawa mereka ke aras yang selanjutnya.
"Terdapat beberapa penerbit filem yang bagus, muda dan berbakat yang perlu diberikan peluang, untuk buat sesuatu yang besar, untuk dibawa mereka ke aras selanjutnya. Mereka patut terajui industri ini," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga tidak boleh dilihat sebagai pengawal selia semata-mata, sebaliknya perlu lebih proaktif dan bersifat mesra kepada industri itu, dalam membantu pemain industri memasarkan produk mereka di peringkat antarabangsa.
Dalam pada itu, Annuar menggesa pemain industri kreatif menggunakan Marche Du Film sebagai platform untuk mempromosi, sekali gus menjual produk kandungan kreatif masing-masing ke peringkat antarabangsa.
"Kita perlu lakukannya segera. Jangan jadikan pameran ini sebagai tempat melancong sebaliknya sebagai platform kerja. Kita perlu serius, jumpa orang yang betul. Keluar dan buat kontak dan tempatkan diri anda untuk pegi global," katanya.
Terdahulu, Annuar meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu dengan delegasi Malaysia serta melihat produk kandungan kreatif syarikat masing-masing, yang dipasarkan di pameran filem itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Annuar berbual bersama Pengarah Festival Esoul International Film Festival of Asian Cinema Jean Marc Therouanne pada Marche du Film yang berlangsung di Palais de Festival, Cannes, Perancis, 17 Mei 2022. --fotoBERNAMA

Landasan bengkok: DBKL arah projek berhampiran stesen LRT Bandaraya dihentikan
Ini susulan projek berkenaan dikhuatiri menyebabkan penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya sehingga mencetuskan gangguan kepada perkhidmatan tersebut.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Niaga AWANI: Keselamatan Makanan | Apa yang harus ada dalam Bajet 2023?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman.

Roslin Hashim sedia bantu Zii Jia
Roslin berkata, dia tiada sebarang halangan bagi membantu Zii Jia keluar daripada kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini.

Pantau Kerajaan Baharu: Dinamika Hubungan Malaysia - Singapura
Membincangkan mengenai lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura hari ini. Ikuti perbincangannya bersama Pakar Sejarah Asia Tenggara, Prof Dr Syed Khairuddin Al-Juned.

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

Isu 'sedekah' pengundi: Amanah gesa SPRM percepat siasatan
Kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.

K-KOMM akan hidupkan kembali warisan telah pupus
Zahidi berkata, pihaknya akan pergi ke setiap negeri untuk mengenal pasti warisan yang telah pupus.

K-KOMM akan angkat industri kreatif kepada kedudukan lebih baik - Annuar
Kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif.

Thailand, Malaysia digesa bekerjasama, teroka potensi ekonomi industri kreatif
Malaysia dan Thailand mempunyai sejumlah besar produk kreatif yang perlu dimanfaatkan agar dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

K-KOM akan segerakan MoU dengan negara ASEAN, tingkat pasaran industri termasuk perfileman
K-KOMM akan menyegerakan inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memperluaskan pasaran industri telekomunikasi dan industri kreatif termasuk perfileman.

Marche Du Film platform terbaik industri filem negara tembusi pasaran antarabangsa
Buka peluang kepada penggiat industri kreatif tanah air menjalin kerjasama dengan syarikat produksi antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri perlu mencari mekanisme supaya kandungan kreatif negara tidak dilihat sebagai pasaran yang bersifat 'fragmented'.

Persatuan industri kreatif perlu ditadbir secara profesional - Annuar Musa
Katanya, sistem royalti boleh diwujudkan bagi menjaga komuniti penggiat industri kreatif seperti para pelakon.

'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.

Johor lokasi pertama Program RIUH-Keluarga Malaysia bulan depan
Program itu bertujuan mempromosi dan memartabat industri kreatif tempatan.

Sarawak mahu tarik lebih ramai pelancong Asia Barat - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan merancakkan promosi ke destinasi pelancongan utama seperti Dubai dan Abu Dhabi.