Skip to main content

Malaysia

Pemain industri perlu patuhi protokol eksport durian ke China, elak kaedah tidak dibenarkan

KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Antara durian yang di jual ketika tinjauan fotoBernama di sekitar pusat bandar hari ini.  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah durian dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.  Usaha itu perlu dimulakan dari sekarang susulan pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malay
Semua pemain industri durian diseru supaya terus mematuhi syarat dan Protokol Keperluan Fitosanitari bagi pengeksportan durian segar ke China yang sedang berkuat kuasa, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin. - Foto hiasan/BERNAMA
Advertisement

PUTRAJAYA: Semua pemain industri durian diseru supaya terus mematuhi syarat dan Protokol Keperluan Fitosanitari bagi pengeksportan durian segar ke China yang sedang berkuat kuasa, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin. 

Chan dalam kenyataan hari ini menyeru pihak terlibat supaya tidak mengambil sebarang pendekatan yang berada di luar skop protokol atau belum mendapat kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata pematuhan terhadap protokol yang dipersetujui antara Kerajaan Malaysia dan Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) adalah amat penting bagi memastikan akses pasaran China yang diperoleh hasil rundingan bertahun-tahun terus dikekalkan.

“Kita tidak boleh mengambil risiko yang boleh menjejaskan keyakinan pihak berkuasa China terhadap sistem kawal selia Malaysia. 

“Apa-apa kaedah baharu yang belum dipersetujui atau tidak selaras dengan protokol sedia ada tidak seharusnya dilaksanakan secara unilateral kerana implikasinya bukan sahaja kepada syarikat terbabit, malah boleh menjejaskan keseluruhan industri durian negara,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Industri Durian Mengenai Cadangan Pre-Cut Durian Eksport ke China yang dipengerusikannya di Wisma Tani di sini pada Jumaat lepas.

Chan berkata industri durian adalah antara subsektor agromakanan bernilai tinggi negara yang terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan. 

Pada 2025, Malaysia merekodkan eksport durian bernilai RM1.10 bilion melibatkan 45,266 tan metrik ke pasaran global. 

China kekal sebagai destinasi eksport terbesar dengan nilai RM868.09 juta, iaitu hampir 79 peratus daripada keseluruhan nilai eksport durian negara.

“Pembukaan akses pasaran durian segar ke China pada 2024 adalah satu pencapaian penting hasil rundingan yang panjang antara kedua-dua negara dan tertakluk sepenuhnya kepada Protokol Keperluan Fitosanitari yang dipersetujui bersama,” katanya.

Chan ketika mengulas isu cadangan kaedah pre-cut berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil maklum bahawa terdapat pandangan daripada sebahagian pemain industri yang melihat kaedah itu berpotensi memanjangkan jangka hayat produk, mengurangkan kos logistik dan memperluaskan pilihan penghantaran ke pasaran China.

“Pada masa sama, kita juga perlu mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak berkaitan pematuhan protokol, kawalan kualiti, keselamatan makanan dan kebolehkesanan produk.

“Perkara ini juga berkait rapat dengan reputasi durian Malaysia sebagai durian gugur matang yang selama ini menjadi identiti premium negara,” katanya.

Beliau menegaskan KPKM kekal mengamalkan pendekatan yang terbuka dan berpandukan fakta dalam menilai setiap cadangan daripada industri.

“Kementerian akan terus mengadakan libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian yang praktikal dan seimbang. 

“Namun, keutamaan kami adalah memastikan kepentingan jangka panjang industri terus terpelihara, reputasi durian Malaysia sebagai produk premium kekal terjamin dan akses pasaran China yang dibina hasil usaha diplomasi bertahun-tahun tidak terjejas,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement