awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain Kelantan United terpalit kes rogol direhatkan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2022
14:47 MYT
Pemain Kelantan United terpalit kes rogol direhatkan
Polis menahan pemain bola sepak (kanan) terbabit bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di Kota Bharu pada 29 Mei lalu. - Gambar fail/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang pemain bola sepak liga tanah air yang terpalit dengan kes rogol seorang gadis pada Mei lalu direhatkan daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier.
Ketua Pegawai Operasi Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, keputusan merehatkan pemain berusia 28 tahun terbabit berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh dimaklumkan kelak.
Katanya, pasukan itu turut mengesahkan isu rogol terbabit bersabit dengan pemain mereka dan memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang.
“Pasukan menunggu laporan penuh berhubung kes berkenaan dan sentiasa mengutamakan undang-undang negara.
“Pihak pengurusan pasukan berpendirian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak dalam pasukan ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada akhbar pada Isnin.
Reman pemain bola sepak didakwa rogol dilanjut sehari lagi
Mengulas lanjut, pihaknya juga akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak sekiranya pemain tersebut dibuktikan bersalah.
“Pasukan juga berpegang kepada prinsip, ‘seseorang itu masih tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah’.
“Buat masa ini, pemain tersebut direhatkan dahulu daripada menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier sehingga tempoh dimaklumkan kelak,” katanya.
Dalam laporan Sinar Harian, polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di Kota Bharu pada 29 Mei lalu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan suspek berusia 28 tahun itu, dibuat di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) selepas mangsa berusia 18 tahun membuat laporan.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pemain bola sepak
#rogol
#Kelantan United
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan