awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain komersial digesa memaksimumkan usaha mengembangkan perniagaan di LIMA'23 - Loke

Bernama
Bernama
23/05/2023
20:00 MYT
Pemain komersial digesa memaksimumkan usaha mengembangkan perniagaan di LIMA'23 - Loke
Loke berkata kementeriannya yakin LIMA '23 berkeupayaan untuk mengembangkan lagi potensi perniagaan bagi industri maritim dan aeroangkasa di peringkat tempatan dan global. - Foto fail/BERNAMA
LANGKAWI: Kementerian Pengangkutan (MOT) menggesa pemain-pemain komersial dalam industri maritim dan aeroangkasa untuk menggunakan platform Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) bagi memaksimumkan usaha mengembangkan perniagaan mereka.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementeriannya yakin LIMA '23 berkeupayaan untuk mengembangkan lagi potensi perniagaan bagi industri maritim dan aeroangkasa di peringkat tempatan dan global.
Beliau berkata kerajaan sentiasa menyediakan peluang kepada pemain industri untuk bertemu dengan pemain industri lain melalui acara tersebut.
"Semasa anda berada di sini, anda perlu memaksimumkan kewujudan anda di LIMA '23 dengan bertemu kenalan yang sesuai untuk perniagaan anda," katanya ketika berucap di majlis makan malam LIMA '23 yang dihoskan oleh kementerian di sini pada malam Selasa.
Beliau berkata terdapat pelbagai aktiviti di pavilion MOT di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) seperti ceramah mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan industri maritim dan aeroangkasa, majlis menandatangani memorandum persefahaman, ceramah kerjaya dan pameran produk.
"Pavilion MOT adalah salah satu platform yang menggambarkan Malaysia sebagai titik pertemuan timur dan barat bagi hab perniagaan maritim dan aeroangkasa komersial," katanya.
Loke berkata MOT mempromosikan segmen komersial untuk industri maritim dan aeroangkasa yang dianggarkan meliputi kira-kira 40 peratus daripada LIMA '23, yang menumpukan pada produk dan perkhidmatan teras, perkhidmatan sampingan, kemajuan teknologi terkini, pendidikan dan peluang kerjaya.
Mengenai penyertaan pihak berkepentingan tempatan daripada maritim komersial dan aeroangkasa, beliau berkata kementerian gembira dengan tahap penyertaan mereka kerana ia sejajar dengan Dasar Pengangkutan Negara, iaitu untuk meluaskan jejak Malaysia di arena global serta mempromosikan pengantarabangsaan produk dan perkhidmatan pengangkutan Malaysia.
LIMA '23, bertemakan "Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia" (23-27 Mei), dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan dan 250,000 pelawat awam.
Acara dwitahunan itu disertai lebih 525 peserta pameran, termasuk 140 syarikat daripada industri pertahanan, 101 syarikat sektor komersial dan 284 syarikat yang terlibat dalam kedua-dua sektor.
Acara itu juga menyaksikan kehadiran 18 negara dengan pavilion mereka, iaitu Australia, China, Republik Czech, Finland, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Belanda, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#perkhidmatan pengangkutan
#pelawat perdagangan
#LIMA'23
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan