awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2024
05:15 MYT
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Allahyarham Ahmad Zainol Osman, 49, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas dipercayai akibat serangan jantung. - Foto Ragbi Online
ALOR SETAR: Seorang bekas pemain Sukan Malaysia (Sukma) Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini petang Ahad.
Allahyarham Ahmad Zainol Osman, 49, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas dipercayai akibat serangan jantung.
Ragbi Online dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, mangsa rebah ketika perlawanan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti sebelum meninggal dunia di HSB akibat serangan jantung.


Pasukan perubatan pertandingan berjaya untuk menstabilkan arwah ketika di padang dan beliau berada dalam kembali sedar sebelum di bawa ke HSB. - Foto ihsan ARENA HIJAUKUNING
Pasukan perubatan pertandingan berjaya untuk menstabilkan arwah ketika di padang dan beliau berada dalam kembali sedar sebelum di bawa ke HSB. - Foto ihsan ARENA HIJAUKUNING
"Keadaan arwah merosot semasa diberikan rawatan dan menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.
"Salam al-Fatihah buat Ahmad Zainol Osman yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
"Arwah mengalami serangan jantung ketika menyertai perlawanan pertunjukan antara pasukan pilihan Menteri Besar (MB) dan pilihan AOR sempena kejohanan ragbi Pra-Sukma AOR di Stadium Suka Menanti, Kedah,” katanya.


Ahmad Zainol (tiga kiri belakang) semasa bergambar dengan pasukan pilihan MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada petang Ahad. - Foto ihsan ARENA HIJAUKUNING
Ahmad Zainol (tiga kiri belakang) semasa bergambar dengan pasukan pilihan MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada petang Ahad. - Foto ihsan ARENA HIJAUKUNING
Menurut kenyataan itu lagi, pasukan perubatan pertandingan berjaya untuk menstabilkan arwah ketika di padang dan beliau berada dalam kembali sedar sebelum dibawa ke HSB.
Walaupun demikian keadaan kesihatan mangsa kembali merosot semasa mendapat rawatan susulan di hospital tersebut.
"Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh," ujarnya lagi.
Difahamkan Ahmad Zainol antara pemain ragbi yang aktif di padang dan merupakan salah sorang penyokong kelab ragbi di sekitar utara sejak dari zaman remajanya sehingga ke hari ini.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bekas pemain ragbi sukma Kedah
#Ahmad Zainol Osman
#meninggal dunia
#serangan jantung
#pasukan pilihan Menteri Besar Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan