IPOH: Mana-mana pemaju perlu mendapatkan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) sebelum boleh meneruskan projek berkaitan pembalakan atau pembangunan ladang hutan di Perak termasuk di Hutan Simpan Klebang Saiong, Kuala Kangsar.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek sahaja namun sebarang projek perlu mendapat kelulusan EIA kerana itu adalah peraturan yang ditetapkan.
"Sebelum ini kementerian yang berkaitan meluluskan kira-kira 100,000 hektar kawasan untuk membangunkan projek ladang hutan sebelum Jawatankuasa Hutan Negeri kurangkan kepada 32,000 hektar dan terbaharu 6,000 hektar pada September lepas.
"Beberapa syarikat diberi kebenaran untuk menjayakan projek ladang hutan tersebut iaitu mengeluarkan kayu tetapi kena tanam semula pokok hutan dan tidak boleh tebang sekali gus atau sewenang-wenangnya secara meluas kerana ia akan menyebabkan banjir.
"Jadi pengusaha (pemaju) yang diberi tangggungjawab, wajib patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kementerian. Kemudian selepas itu EIA yang akan nilai dan luluskan nanti, kita (kerajaan negeri) cuma luluskan cadangan tempat," katanya kepada pemberita selepas program sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.
Dilapor, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Dr Michael Jeyakumar Devaraj dalam ciapannya di Twitter baru-baru ini mendakwa kerajaan Perak telah merancang untuk membangunkan tanah hutan di Klebang Saiong kepada ladang balak melalui beberapa syarikat yang telah dilantik.
Menurut Saarani, projek itu dipantau Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan malah orang ramai juga boleh memberikan pandangan melalui sesi pendengaran terbuka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Saarani berkata kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek sahaja namun sebarang projek perlu mendapat kelulusan EIA kerana itu adalah peraturan yang ditetapkan. -Gambar hiasan

Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia
Bekas pemimpin tentera itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Dubai setelah lama menerima rawatan.

AS-China | Belon pengintip ditembak jatuh, lapangan terbang ditutup
Tiga lapangan terbang di utara dan Selatan Carolina, Amerika Syarikat ditutup kira-kira dua jam pada Sabtu. Langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada tentera Amerika Syarikat menembak jatuh belon milik China, disyaki digunakan untuk tujuan pengintipan.

Suara Rakyat | Struktur retak, pasar Karamunting perlu segera dipindah
Keretakan pasar Karamunting, tanah merah semakin hari semakin teruk. Jika dibiarkan, bimbang ada nyawa yang akan jadi korban. Sebelum nasi menjadi bubur suara rakyat menggesa agar lokasi pasar usang ini dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Had waktu main bunga api, hanya pada musim perayaan - Lee Lam Thye
Garis panduan yang dilaksanakan juga perlu seiring dengan pemerkasaan penguatkuasaan.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Pakar Keselamatan UPNM, Prof Dr Mizan Asla berkata, situasi itu telah menjadi isu besar dan boleh menjadi ketegangan malah lebih buruk lagi ke arah peperangan.

Pantau Kerajaan Baharu : Kewajaran penjualan mercun dan bunga api | 5 Feb 2023
Bersama Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, aktiviti bermain dengan mercun seperti tradisi bagi masyarakat Tianghoa di negara ini. Katanya, aktiviti tersebut boleh membangkitkan sambutan perayaan lebih meriah namun harus dipastikan pengeluaran dan pembeliannya tidak melalui kaedah penyeludupan.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

Pemaju perlu dapat kelulusan EIA sebelum tebang Hutan Simpan - Saarani
Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek sahaja namun sebarang projek perlu mendapat kelulusan EIA kerana itu adalah peraturan yang ditetapkan.

Penutupan 27 anak syarikat di Perak tidak libatkan GLC besar - MB Perak
Penutupan kesemua GLC terbabit tidak libatkan jumlah pekerja yang ramai, sebahagian besarnya hanya lembaga-lembaga pengarah.

"Projek ladang hutan bukan perkara haram, ikut peraturan" - MB Perak
Saarani jawab dakwaan Pengerusi PSM yang kerajaan negeri Perak sedang merancang menebang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong.

Perak tutup 27 anak syarikat yang membebankan PKNPk
Syarikat-syarikat itu ditutup kerana tidak menunjukkan prestasi baik dan tiada perniagaan.

Jangan salah guna maksud sedekah - MB Perak
Bila dengar orang susah, tidak kira musim, mereka perlu dibantu, bukan hanya masa pilihan raya baru nak berbudi.

Lantikan ahli majlis PBT, ketua kampung akan diselesaikan segera - Saarani
Kerajaan negeri Perak kini dalam fasa akhir untuk melengkapkan proses pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua-ketua kampung baharu yang akan diselesaikan dalam masa terdekat.

PRU15: Tidak wajar letak semua kesalahan kepada Presiden - Saarani
Saarani berkata meskipun kalah, UMNO kini dalam pentadbiran Kerajaan Pusat dengan Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kekalkan Zahid untuk pastikan kapal UMNO tak tenggelam - Saarani
Saarani berkata ia kerana Pengerusi BN itu terbukti berjaya menyelamatkan parti hingga membentuk kerajaan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Ibu Menteri Besar Perak meninggal dunia
Allahyarham yang berusia 75 tahun, menghembuskan nafas terakhir di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir.