awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemaju projek mega di Sarawak disaran bangunkan CLQ

Bernama
Bernama
21/06/2024
21:00 MYT
Pemaju projek mega di Sarawak disaran bangunkan CLQ
Lee berkata kuarters berkenaan akan meningkatkan produktiviti pekerja dan bertindak sebagai landasan kemajuan industri pembinaan di seluruh negeri, di samping memastikan kesejahteraan buruh pada masa depan. - Foto BERNAMA
KUCHING: Pemaju projek mega di Sarawak disaran melaksanakan konsep bersepadu pengurusan pembinaan dengan membangunkan kuarters buruh berpusat (CLQ) yang menempatkan kakitangan pengurusan dan pekerja.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata kuarters berkenaan akan meningkatkan produktiviti pekerja dan bertindak sebagai landasan kemajuan industri pembinaan di seluruh negeri, di samping memastikan kesejahteraan buruh pada masa depan.
"Diharapkan sistem ini membolehkan kita menyiapkan projek mengikut jadual...kemudahan dalam CLQ ini akan membantu meningkatkan produktiviti kerana pekerja berada dalam persekitaran yang kondusif jadi ia berbaloi untuk melabur dalam konsep ini," katanya.
Bercakap pada sidang media selepas melawat tapak CLQ bagi pakej Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) di sini pada Jumaat, beliau berkata konsep bersepadu ini memudahkan pihak pengurusan untuk menguatkuasakan disiplin dan mengurus pekerja asing.
Dilengkapi dengan kemudahan seperti ruang tamu, ruang makan, gelanggang bola keranjang dan bangunan pejabat, kuarters sistematik itu merangkumi 36 bilik untuk kakitangan pengurusan dan 53 bilik diperuntukkan kepada pekerja yang boleh menempatkan sehingga 240 orang.
Mengenai projek KUTS Fasa 1 yang terdiri daripada sistem Transit Aliran Autonomi (ART), Blue Line, Red Line dan Green Line, Lee berkata kemajuan keseluruhan adalah sebanyak 22.37 peratus dengan pakej Blue Line berada pada 14.6 peratus.
Blue Line dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange di Kuching membabitkan jarak sejauh 27.6 kilometer (km) manakala Green Line pula 30km dari Pending ke Damai Central.
Terdahulu, Lee turut melawat SR10 Simpang Tiga Interchange Station yang merupakan sebahagian daripada projek Red Line.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#kuarters buruh berpusat
#meningkatkan produktiviti
#Industri Pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan