awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemakluman awal dakwa Aidilfitri jatuh pada 2 Mei tidak benar - Balai Cerapan Al-Khawarizmi

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2022
09:40 MYT
Pemakluman awal dakwa Aidilfitri jatuh pada 2 Mei tidak benar - Balai Cerapan Al-Khawarizmi
Sebarang pemakluman awal adalah tidak benar, sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dakwaan seorang individu, seperti yang disiarkan dalam sebuah portal bahawa Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut pada Isnin, 2 Mei, adalah tidak tepat, menurut kenyataan Balai Cerapan Al-Khawarizmi hari ini.
Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dalam satu kenyataan berkata, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar, sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.
Menurut kenyataan itu lagi, kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab), dan akan dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 H di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.
“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja. Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja pada malam 29 Ramadan 1443 H.
“Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan pleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” menurut kenyataan itu lagi.
Terdahulu seorang individu bernama A Zaharim A Aziz mendakwa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing 5 darjah dan 7 darjah.
“Ini bermakna dengan kaedah Imkanur Rukyah, hilal baharu kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk.
“Oleh itu, selepas proses pengesanan selesai, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hendaklah mengisytiharkan bahawa 2 Mei 2022 (Isnin) adalah 1 Syawal 1443H, sehari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan dalam kalendar rasmi,” menurut kenyataan individu tersebut, seperti yang disiarkan dalam sebuah portal tempatan.
** KEMAS KINI pada jam 8 malam, Ahad (1 Mei 2022):
Sudah disahkan bahawa umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Isnin (2 Mei 2022), seperti yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#Balai Cerapan Al-Khawarizmi
#Jabatan Agama Islam Melaka
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan