awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi

Bernama
Bernama
06/12/2024
14:30 MYT
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi. - Gambar fail
ALOR SETAR: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata mayat mangsa Che Yassin Che Ngah, 43, dari Kampung Perana, Ulu Melaka di sini ditemukan 6.10 petang, di perairan Kuala Chenang kira-kira 150 meter daripada lokasi mangsa terjatuh.
"Mangsa ditemukan anggota Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (Maritim Malaysia) dan dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), sebelum dibuat pengecaman oleh isteri mangsa.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian 11.30 malam semalam, Che Yassin yang baharu selesai memancing bersama adik iparnya terjatuh ke dalam laut, ketika melalui jambatan berkenaan setelah terpijak kayu reput.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemancing hilang
#jambatan kayu
#Water Breaker' Kuala Chenang
#lemas
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan