awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemancing jumpa mayat terapung

Sinar Harian
Sinar Harian
18/07/2021
21:49 MYT
Pemancing jumpa mayat terapung
Mayat tanpa identiti ditemui terapung pada jarak 5.4 batu nautika barat daya Pulau Rebak Besar, Langkawi, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
LANGKAWI: Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung oleh pemancing berdekatan Pulau Rebak Besar, Langkawi pada Ahad.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pemancing terbabit membuat aduan kepada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi.
Katanya, pihaknya menghantar bot ronda Maritim Penggalang 11 ke lokasi dilaporkan yang terletak pada jarak 5.4 batu nautika barat daya Pulau Rebak Besar.
"Mayat mangsa ditemui sekitar jam lebih kurang 12.30 tengah hari dengan lengkap berseluar panjang hitam serta berbaju t-shirt merah. Bagaimanapun tiada sebarang identiti ditemui bersamanya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke jeti Bukit Malut, Langkawi dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
"Setakat ini MRSC Langkawi belum menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut di kawasan perairan Langkawi," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Pemancing jumpa mayat terapung
Topic Berkaitan
#Langkawi
#mayat
#terapung
#maritim
#MRSC
#lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan