SEREMBAN: Polis telah menahan dua lelaki yang memandu secara berbahaya di Kilometer 268 hingga 238 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan susulan tular rakaman video kejadian itu di media sosial Ahad lalu.
Menerusi video berdurasi 1 minit 40 saat itu, sebuah kereta Audi A4 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dilihat memandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) dan memotong di lorong kecemasan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, bertindak atas maklumat dan rakaman yang diterima, pihak Risikan Operasi daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berjaya mengesan pemilik dan pemandu kenderaan terbabit.
"Hasil siasatan mendapati suspek pertama yang memandu Audi A4 berusia 36 tahun manakala suspek kedua memandu Toyota Wish berusia 34 tahun.
"Suspek pertama telah hadir menyerah diri pada Isnin lebih kurang jam 9 malam manakala suspek kedua hadir menyerah diri pada Selasa pada jam 6.45 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pemandu Audi A4 yang bekerja sebagai penarik kereta hendak menarik kereta Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak beberapa bulan.
BACA: Pemandu Toyota Alphard tular pandu berbahaya direman tiga hari
Bagaimanapun katanya, pemandu Toyota Wish enggan berhenti dan mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati dan kejar-mengejar antara kedua-dua suspek.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,"katanya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 04 2022
Hasil siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah pemandu Audi A4 yang bekerja sebagai penarik kereta hendak menarik kereta Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak beberapa bulan. - Foto Sinar Harian
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pemandu lori didakwa sebabkan kematian tiga anggota tentera
Huzaifah didakwa memandu lori terbabit dalam keadaan berbahaya di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara daerah Kuala Muda.
Cubaan elak polis, lelaki didenda kerana memandu secara berbahaya
Mahkamah memerintahkan seorang lelaki membayar denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya.
Polis buru pemandu Myvi samseng
Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi yang bertindak samseng dengan menghalang laluan kenderaan lain di MRR2 berhampiran Taman Layang-layang di sini, yang tular di media sosial.
Pemandu Audi A4, Toyota Wish memandu secara berbahaya ditahan
Memandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba dan memotong di lorong kecemasan.
Polis tahan pemandu Toyota Alphard memandu secara berbahaya
Suspek yang ditahan kira-kira jam 2 petang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun.
Lelaki positif dadah ditahan kerana memandu secara berbahaya, halang tugas polis
Lelaki berumur 25 tahun itu cuba melarikan diri dengan memecut menghala susur keluar ke Lukut.
Pemandu bas ditahan memandu secara berbahaya
Suspek mempunyai 51 rekod saman kesalahan trafik termasuk lima waran tangkap.
Memandu secara berbahaya: Mahkamah Rayuan kekal keputusan bebaskan juruteknik
Mohamad 'Atif didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Mohd Tajul Din Amran di Jalan Gong-Kemubu, Machang, Kelantan pada kira-kira 6.40 pagi 26 Sept 2015.
Dua pemandu Myvi pandu secara berbahaya ragut tiga nyawa dipenjara tiga tahun, denda RM10,000
Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Noor Aini Mohd Said, penyelia restoran dan kenalannya yang merupakan tertuduh kedua, Mohammad Fizal Reza Jamauddin.