awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas cedera parah ditetak lima lelaki

Bernama
Bernama
20/11/2016
01:07 MYT
Pemandu bas cedera parah ditetak lima lelaki
Musa mengalami kecederaan parah iaitu luka akibat ditetak di tepi kepala, lengan sebelah kanan, luka atas kening dan perut sebelah kiri.. - Astro AWANI
Seorang pemandu bas kilang cedera parah selepas diserang serta ditetak lima lelaki berhampiran susur keluar tol Lebuhraya Utara Selatan di Bukit Tambun di sini semalam.
Dalam kejadian 6.30 petang iru, Musa Chotah, 52, yang sedang memandu bas kilang berkenaan menghentikan kenderaannya apabila dihalang oleh sebuah kereta dinaiki sekumpulan lima lelaki itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad berkata semasa kejadian mangsa membawa sekumpulan pekerja kilang.
"Ketika hampir sampai susur keluar tol Bukit Tambun, kereta jenis Toyota Vios warna putih dinaiki lima lelaki itu dipercayai telah menghalang bas sebelum mangsa turun dari bas.
"Berlaku pertengkaran antara mangsa dan lima lelaki itu sebelum pemandu bas berkenaan ditikam dan ditetak beberapa kali dengan pisau," katanya di sini.
Shafee berkata selepas ditikam, mangsa kembali ke dalam bas kilang itu manakala lima lelaki tersebut melarikan diri dengan kereta dan keluar menerusi tol Bukit Tambun.
Katanya ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu luka akibat ditetak di tepi kepala, lengan sebelah kanan, luka atas kening dan perut sebelah kiri.
Pemandu bas itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk pembedahan dan dia dilaporkan dalam keadaan kritikal, katanya.
"Kejadian itu berjaya dirakamkan beberapa pekerja kilang yang berada dalam bas dipandu mangsa dan polis kini sedang mengesan lima lelaki dipercayai berusia lingkungan 20-an yang menaiki kereta dengan nombor pendaftaran PJH 8586 tersebut," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini motif kejadian masih belum dapat dikenalpasti kerana mangsa belum dapat bercakap.
Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bukit Tambun
#jenayah
#musa chotah
#pemandu lori
#PLUS
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan