awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas ekspres parah, kemalangan libat lapan kenderaan

Bernama
Bernama
08/01/2025
08:45 MYT
Pemandu bas ekspres parah, kemalangan libat lapan kenderaan
Seorang pemandu bas ekspres parah manakala lapan lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan dekat Ayer Keroh.- Foto BERNAMA
MELAKA: Seorang pemandu bas ekspres parah manakala lapan lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) di Ayer Keroh di sini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.28 pagi dan sepasukan bomba digerakkan ke tempat kejadian yang berhampiran dengan persimpangan Pusat Simpanan Kenderaan Berat di sini.
"Setibanya di lokasi kita dapati sebanyak lapan kenderaan terlibat iaitu sebuah bas ekspres, tiga lori dan dua pacuan empat roda dengan keseluruhan 15 mangsa iaitu 13 lelaki dan dua wanita.
"Selain pemandu lelaki itu, lapan mangsa cedera ringan manakala enam lagi terselamat. Kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Pemandu bas parah, kemalangan lapan kenderaan
Mohd Pisar berkata 24 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ayer Keroh digerakkan ke lokasi untuk operasi menyelamat dengan bantuan daripada BBP Bukit Katil dan BPP Jasin Bestari.
Sementara itu, pemandu lori tanah Ahmad Tarmizi Maan, 33, yang terselamat berkata ketika kejadian dia sedang memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari arah belakang.
Dia mendapati sebuah lori muatan kotak telah melanggar belakang lori lain dan beberapa saat kemudian lori itu telah dirempuh kenderaan lain termasuk bas ekspres.
"Saya tidak berfikir panjang dan terus membantu pemandu yang sudah mengerang kesakitan kerana tersepit sementara menunggu bantuan bomba dan ambulans," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu bas ekspres cedera
#kemalangan lapan kenderaan
#ayer keroh
#Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan