awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas persiaran warga Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel bersubsidi

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
01/06/2023
05:29 MYT
Pemandu bas persiaran warga Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel bersubsidi
Low Yong Pang Benjamin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyeleweng 500 liter minyak diesel bersubsidi. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas persiaran warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Khamis, atas pertuduhan menyeleweng 500 liter minyak diesel bersubsidi pada Selasa lalu.
Tertuduh, Low Yong Pang Benjamin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Fatimah Zahari.
Mengikut kertas pertuduhan, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah bas jenis Scania yang dipandu warga Singapura itu dikesan memiliki kira-kira 500 liter barang kawalan terbabit.
Jumlah berkenaan melebihi had pembelian 20 liter diesel yang dibenarkan untuk kenderaan berpendaftaran asing.
Satu kesalahan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974, iaitu berurusan dengan barang kawalan berjadual secara borong atau runcit tanpa lesen.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Jalan Kempas Baru, Johor Bahru, kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Muhamad Sabiq Mohd Subri manakala tertuduh diwakili peguam Dahlia Tan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 beserta dua orang penjamin tempatan.
6 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pengesahan dokumen dan laporan kimia.
Topic Berkaitan
#pemandu bas persiaran
#seleweng diesel subsidi
#warga singapura
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan