MALAYSIA
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Pemandu bas sekolah direman tujuh hari di Jasin susulan disyaki melakukan gangguan seksual terhadap pelajar lelaki Tingkatan Dua. -Foto Sinar Harian
JASIN: Seorang pemandu bas sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin di sini pada Rabu selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di dalam kenderaan berkenaan pada Selasa lalu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perintah reman hingga 11 Februari depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 50 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Difahamkan kejadian terbongkar selepas ibu pelajar berkenaan melihat perubahan sikap anaknya yang kemudian menceritakan kejadian.
Dikatakan kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang pada hari sama ketika mangsa sedang berada di dalam bas bersendirian selepas suspek menurunkan pelajar-pelajar lain.
Suspek bertindak memberhentikan bas di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Kesang sebelum memaksa mangsa memegang kemaluannya.
Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kesang pada malam Rabu disusuli penahanan suspek pada hari sama. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Pemandu bas sekolah direman tujuh hari di Jasin susulan disyaki melakukan gangguan seksual terhadap pelajar lelaki Tingkatan Dua.
- Perintah reman dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
- Kejadian terbongkar selepas ibu mangsa melihat perubahan sikap anaknya dan membuat laporan polis.
Perintah reman hingga 11 Februari depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 50 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Difahamkan kejadian terbongkar selepas ibu pelajar berkenaan melihat perubahan sikap anaknya yang kemudian menceritakan kejadian.
Dikatakan kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang pada hari sama ketika mangsa sedang berada di dalam bas bersendirian selepas suspek menurunkan pelajar-pelajar lain.
Suspek bertindak memberhentikan bas di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan di Kesang sebelum memaksa mangsa memegang kemaluannya.
Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kesang pada malam Rabu disusuli penahanan suspek pada hari sama. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap seorang pemandu bas sekolah yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua?
A: Pemandu bas sekolah itu direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin bagi membantu siasatan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Q: Bagaimana kejadian gangguan seksual itu terbongkar kepada pihak berkuasa?
A: Kejadian itu terbongkar apabila ibu pelajar yang menjadi mangsa melihat perubahan sikap anaknya dan anak tersebut menceritakan kejadian tersebut. - Q: Di manakah kejadian gangguan seksual terhadap pelajar Tingkatan Dua berlaku?
A: Kejadian tersebut berlaku di dalam bas bersendirian pada kira-kira jam 3 petang, di mana suspek memaksa mangsa memegang kemaluannya selepas menurunkan pelajar-pelajar lain dari bas.