awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu BMW tersepit, dua penumpang tercampak dalam kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2023
03:30 MYT
Pemandu BMW tersepit, dua penumpang tercampak dalam kemalangan
Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta cedera akibat tersepit, manakala dua penumpang kenderaan itu tercampak keluar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang di Lebuhraya Utara Selatan pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KAJANG: Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta cedera akibat tersepit, manakala dua penumpang kenderaan itu tercampak keluar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang di Lebuhraya Utara Selatan di sini, pada Khamis.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.07 pagi.
"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, kita mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis BMW yang terbabas, di mana terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Mukhlis berkata, pemandu kereta itu mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat tersepit, manakala dua lagi mangsa tercampak keluar namun mereka selamat.
"Pemandu yang tersepit itu berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam tempoh empat minit.
"Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#pemandu tersepit
#Plaza Tol Kajang
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan