Meredah laut yang bergelora bukan perkara mudah, tetapi itu adalah perkara yang menjadi rutin harian penduduk pulau terutama pemandu bot pelancong di Kampung Pulau Perhentian, pulau yang menjadi tumpuan pelancong di pantai timur Semenanjung.
Mereka, bagaimanapun hanya bekerja dari bulan Februari hingga Oktober dan terpaksa 'menggantung' enjin apabila tiba musim tengkujuh atau monsun timur laut yang membawa angin kencang dan ombak tinggi.
Tempoh tiga bulan 'tidak mempunyai pekerjaan dan punca pendapatan' itu, digunakan untuk membaiki dan menyelenggara bot mereka sebelum mula beraksi 'meredah laut' mencari rezeki.
Sepanjang tiga bulan ini juga, mereka bergantung hidup sepenuhnya dengan hasil simpanan pendapatan yang diperoleh hasil kerja mereka 10 bulan. Itu lah duit yang diguna untuk belanja harian dan menyara keluarga.
Bagaimanapun, semua itu bukan masalah bagi mereka kerana telah bersedia dari segi simpanan dan sebagainya untuk diguna ketika musim monsun timur laut.
"Boleh dikatakan musim tengkujuh ini kami ambil masa untuk berehat, bercuti...bulan dua (Februari) kami akan mula balik bawa bot mengikut keadaan cuaca sehingga bulan 10 (Okt)," kata Mohd Deraman, 63, ketika ditemui wartawan Bernama yang membuat liputan musim tengkujuh di pulau itu.
Beliau yang membawa bot pelancong sejak hampir 20 tahun, berkata bot miliknya kini dihantar ke Kuala Besut untuk diselenggara dan dibuat penambaikan di bahagian badan.
"Kalau musim biasa, kami (pemandu bot pelancong) tiada masa untuk servis bot. Hari-hari kami akan bekerja, kecuali ada perkara mustahak (penting) baru cuti, sebab itu sekarang masa terbaik kalau kami nak buat penyelenggaraan bot," katanya yang kini banyak memenuhi masa dengan kerja-kerja kemasyarakatan seperti membersihkan kubur dan membaiki peralatan di jeti.
Pulau Perhentian, yang terletak 21 kilometer dari pantai Kuala Besut, merupakan destinasi popular bagi pelancong dalam dan luar negara pada awal bulan Mac atau April hingga penghujung Oktober.
Bagaimanapun kebanyakan pusat peranginan di pulau yang terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar menghentikan operasi mulai Oktober hingga Februari berikutan musim monsun timur laut.
Bagi Che Aziz Che Husin, 40, musim tengkujuh adalah masa untuk berehat daripada membawa bot dan menguruskan kedai makan miliknya di pulau itu.
"Musim tengkujuh rehat sahaja dan memang tidak buat apa-apa langsung...cuma kadang-kadang nak hilangkan rasa bosan saya ikut orang pergi memukat ikan, itu pun kalau ada.
"Pendapatan yang diraih itu, dapatlah menampung kehidupan kami semasa musim tengkujuh. Itupun kami buka sahaja kedai makanan ni sebab orang lain jarang nak buka," katanya yang mengusahakan kedai makan bersama isteri Tengku Hasmizan Ku Yahya, 38.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 19 2019
Tempoh tiga bulan 'tidak mempunyai pekerjaan dan punca pendapatan' itu, digunakan untuk membaiki dan menyelenggara bot mereka sebelum mula beraksi 'meredah laut' mencari rezeki. -foto BERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Pemandu bot pelancong 'gantung enjin' ketika musim tengkujuh
Tempoh tiga bulan 'tidak mempunyai pekerjaan dan punca pendapatan' itu, digunakan untuk membaiki dan menyelenggara bot.