NATIONAL

Pemandu cedera langgar pembahagi tol Bukit Raja

Astro Awani 27/04/2025 | 02:50 MYT
Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara bersama tujuh anggota dikerahkan ke Plaza Tol Bukit Raja untuk membantu mengeluarkan mangsa.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi tol di Plaza Tol Bukit Raja, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), pada pagi Ahad.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.12 pagi.

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara bersama tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Honda Jazz terbabas sendiri dan melanggar pembahagi tol.

“Mangsa yang tersepit di bahagian kaki kiri berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi turut dibantu oleh tiga anggota perubatan daripada KKM dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.





#kemalangan #pembahagi tol Bukit Raja #Plaza Tol Bukit Raja #NKVE