NATIONAL
Pemandu didakwa esok kes kematian murid tadika tertinggal dalam van sekolah
Suspek lelaki berusia 56 tahun akan dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Pemandu van sekolah yang ditahan berhubung insiden murid tadika berusia lima tahun maut disyaki tertinggal dalam van sekolah lebih empat jam di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri di sini minggu lepas akan didakwa esok.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata suspek lelaki berusia 56 tahun itu dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat.
"Pertuduhan ke atas suspek akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Batu Pahat esok sekitar 9 pagi," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Beliau berkata suspek yang sebelum ini direman tujuh hari bermula 1 Mei lepas, akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak.
Pada 1 Mei lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut disyaki selepas tertinggal dalam van sekolah selama lebih empat jam di Taman Bukit Indah.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu van sekolah di kawasan Taman Bukit Indah pada 2.40 petang hari yang sama.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pemandu van sekolah yang ditahan berhubung insiden murid tadika maut akan didakwa esok.
- Suspek lelaki berusia 56 tahun akan dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat.
- Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata suspek lelaki berusia 56 tahun itu dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat.
"Pertuduhan ke atas suspek akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Batu Pahat esok sekitar 9 pagi," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Beliau berkata suspek yang sebelum ini direman tujuh hari bermula 1 Mei lepas, akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak.
Pada 1 Mei lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut disyaki selepas tertinggal dalam van sekolah selama lebih empat jam di Taman Bukit Indah.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu van sekolah di kawasan Taman Bukit Indah pada 2.40 petang hari yang sama.
-- BERNAMA

#pemandu van sekolah
#murid tadika maut
#tertinggal dalam van sekolah
#pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak