MALAYSIA
Pemandu dipercayai terlelap sebelum bas langgar pokok - Polis
Siasatan mendapati pemandu berusia 44 tahun itu mengaku tidak cukup rehat, mengakibatkan dia terlelap ketika kejadian.
SERDANG: Pemandu bas yang membawa 30 murid dan lima guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ampang dipercayai terlelap sebelum kenderaan itu terbabit dalam kemalangan di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Sabtu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan mendapati pemandu berusia 44 tahun itu mengaku tidak cukup rehat, mengakibatkan dia terlelap ketika kejadian.
"Suspek yang ditahan sebelum ini telah direman selama dua hari untuk siasatan lanjut. Selain itu, suspek didapati tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca akibat pemandu tidak cukup tidur dan rehat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiga murid dan seorang guru cedera selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kemalangan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.18 tengah hari itu, bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari sebuah kilang coklat menuju MAEPS Serdang sebelum dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok di lokasi kejadian.
Susulan itu, pemandu bas terbabit kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Pemandu bas dipercayai terlelap akibat tidak cukup rehat sebelum kenderaan terbabas dan melanggar pokok di Jalan Persiaran Universiti 1, UPM. Beliau mengaku tidak cukup tidur dan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
- Bas tersebut membawa 30 murid dan lima guru dari Pasti Ampang dalam perjalanan dari kilang coklat ke MAEPS Serdang. Tiga murid dan seorang guru cedera ringan dan dirawat di Hospital Serdang.
- Pemandu telah ditahan dan direman dua hari untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis mendapati jalan di lokasi kejadian adalah lurus dan berturap, namun bas hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.