awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu diserang sawan, kereta terbabas masuk kawasan kubur

Bernama
Bernama
18/06/2024
08:30 MYT
Pemandu diserang sawan, kereta terbabas masuk kawasan kubur
Menurut polis, pemandu berusia 37 tahun itu bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kesakitan pada bahagian rusuk.
KEPALA BATAS: Seorang lelaki diserang sawan menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas ke kawasan perkuburan di Jalan Kedah di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Zulkeflee Sulaiman berkata bagaimanapun, pemandu berusia 37 tahun itu terselamat dan hanya mengalami kesakitan pada bahagian rusuk.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 2.45 petang ketika lelaki itu yang bekerja sebagai pembantu am, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Permatang Tinggi A di sini selepas selesai beraya di Permatang Haji Hassan.
"Apabila tiba di lampu isyarat Jalan Kedah, pemandu kereta telah diserang sawan lalu kenderaannya terbabas melanggar tembok kubur dan memasuki kawasan tanah perkuburan.
"Mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, dan menambah kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59.
Terdahulu, rakaman video berdurasi satu minit enam saat memaparkan sebuah kereta terbabas dalam kawasan tanah perkuburan tular melalui media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diserang sawan
#terbabas ke kawasan perkuburan
#Jalan Kedah
#kesakitan pada bahagian rusuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan