awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu, dua penumpang cedera bas persiaran terbalik

Sinar Harian
Sinar Harian
23/09/2023
11:18 MYT
Pemandu, dua penumpang cedera bas persiaran terbalik
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dari sebuah bas persiaran yang terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson, pagi Sabtu. -Foto Sinar Harian
PORT DICKSON: Pemandu dan dua penumpang cedera ringan selepas bas persiaran dinaiki terbalik berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, di sini pada Sabtu.
Kejadian jam 10 pagi itu berlaku ketika bas yang membawa seramai 20 penumpang dalam perjalanan dari tempat penginapan mereka di sebuah hotel, di sini menuju ke Pantai Teluk Kemang.
Jurucakap Bilik Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson dan Teluk Kemang berserta 19 pegawai dan anggota ditugaskan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
"Turut turun membantu anggota dari BPP Seremban 2 dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Kemalangan melibatkan sebuah bas persiapan yang membawa seramai 20 orang penumpang iaitu lapan lelaki dewasa dan 12 orang wanita dewasa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, seorang lelaki dewasa yang merupakan pemandu bas dan dua penumpang wanita dewasa mengalami cedera ringan.
"Kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya," ujar beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bas persiaran terbalik
#Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa
#Pantai Teluk Kemang
#Kampung Baru Si Rusa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan