awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
MALAYSIA
16 kali terbaik dunia, AirAsia pacu nama Malaysia di persada antarabangsa - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pemandu e-hailing didakwa rompak kedai emas, cederakan wanita warga emas

Sinar Harian
Sinar Harian
30/05/2025
07:30 MYT
Pemandu e-hailing didakwa rompak kedai emas, cederakan wanita warga emas
Tertuduh (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada Jumaat.
MELAKA: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, pada Jumaat atas tuduhan merompak sebuah kedai emas dan mencederakan seorang wanita warga emas minggu lalu.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki bernama Melvin Yen Wei Shern, 29 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tuduhan merompak sebuah kedai emas dan mencederakan seorang wanita warga emas pada 22 Mei lalu.
  • Kes didakwa di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 10 Jun sebagai tarikh untuk pembacaan fakta kes dan hukuman.

Tertuduh, Melvin Yen Wei Shern, 29, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Mahkamah bagaimanapun menangguhkan kes untuk fakta dan hukuman pada 10 Jun depan selepas dipohon pihak pendakwaan bagi menyediakan fakta kes.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja mencederakan Koh Kim Lye, 70, di Kedai Emas Tai Kwong, No. 22, Jalan Jawa, Kampung Jawa, di sini, kira-kira jam 11 pagi 22 Mei lalu.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar, mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Kent Tan Chow Teng tidak membuat sebarang bantahan terhadap nilai jaminan itu.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan kes untuk fakta dan hukuman pada 10 Jun depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes rompak
#pemandu e-hailing
#kedai emas
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami