awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kereta nyaris maut, kereta dihempap pokok tumbang

Bernama
Bernama
21/11/2024
23:40 MYT
Pemandu kereta nyaris maut, kereta dihempap pokok tumbang
Anggota bomba mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kereta mangsa dalam kejadian di Jalan Tasek Mutiara 2, Sungai Bakap, Nibong Tebal, malam tadi. - Foto Sinar Harian
NIBONG TEBAL: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta jenis Toyota Vios dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Tasek Mutiara 2, Sungai Bakap di sini malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.07 malam memaklumkan sebuah kereta telah dihempap sebatang pokok tumbang dan terus ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, mendapati sebatang pokok telah menghempap kereta Toyota Vios dan terdapat pemandu iaitu G.Sivananda, 47, namun (dia) bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pasukan bomba sedang mengalihkan batang pokok yang menghempap kereta mangsa. - Foto Sinar Harian
Pasukan bomba sedang mengalihkan batang pokok yang menghempap kereta mangsa. - Foto Sinar Harian
Katanya mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata pihak bomba menjalankan kerja-kerja pemotongan dan mengalihkan pokok itu sehingga selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#JBPM Pulau Pinang
#dihempap pokok
#cedera ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan