awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori didakwa lakukan amang seksual terhadap anak kandung

Bernama
Bernama
04/09/2024
07:10 MYT
Pemandu lori didakwa lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Lelaki berumur 41 tahun berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu ketika mangsa berumur 12 tahun dan 13 tahun di sebuah rumah di Hulu Langat. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori sebuah syarikat pengeluar produk roti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang anak perempuan kandungnya sejak tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berumur 12 dan 13 tahun.
  • Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan jaminan kerana keseriusan pertuduhan dan hubungan keluarga antara tertuduh dan mangsa.
  • Hakim tidak membenarkan jaminan dan menetapkan sebutan kes pada 13 November untuk serahan dokumen.

Lelaki berumur 41 tahun berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu ketika mangsa berumur 12 tahun dan 13 tahun di sebuah rumah di Hulu Langat, Jalan Semenyih pada 7.30 pagi pertengahan Okt 2023 dan 11.45 malam pada 21 Ogos 2024.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim tidak menawarkan jaminan atas alasan kedua-dua pertuduhan itu serius selain tertuduh ialah bapa kandung mangsa dan masih suami kepada ibu mangsa serta mereka tinggal di rumah sama.
Pada prosiding hari ini, tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Norshila Kamaruddin tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan kes pada 13 Nov ini untuk serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amang seksual
#anak kandung
#pemandu lori
#Hulu Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan