awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori ditahan memandu lawan arus

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/03/2025
22:20 MYT
Pemandu lori ditahan memandu lawan arus
Seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun, ditahan atas kesalahan memandu secara berbahaya dan melulu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori ditahan selepas dikesan memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Mahkota Residence, Kajang dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, satu rakaman video memaparkan tindakan pemandu lori berkenaan yang menghalang laluan kenderaan dari Jalan Mahkota Residence 1 untuk memasuki Jalan Persiaran Mahkota Residence.
Katanya, kejadian tersebut berlaku pada Rabu lalu sekitar jam 1.50 petang.
Bertindak atas maklumat, Unit Risikan dan Operasi dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menjalankan siasatan lanjut sebelum berjaya menahan suspek pada Khamis sekitar jam 10 malam.
"Suspek, seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun, ditahan atas kesalahan memandu secara berbahaya dan melulu.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di mana jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang lalu lintas serta sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Topic Berkaitan
#lawan arus
#pemandu lori
#Naazron Abdul Yusof
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan