awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori maut kemalangan di WCE

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/02/2025
00:20 MYT
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan di laluan keluar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuhraya Kesas, awal pagi Selasa.
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan di laluan keluar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuhraya Kesas, awal pagi Selasa.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 3.04 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas tiba di lokasi kejadian pada jam 3.17 pagi, dengan bantuan anggota dari BBP Shah Alam.
Menurut Komander Operasi, PBK II Amar Mohsini Aslan, semasa bomba tiba, terdapat pemandu lori tersepit di tempat duduk dan ketika operasi menyelamat dijalankan, mangsa dilaporkan masih sedar namun mengalami kecederaan.
"Mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan pada jam 5.33 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
JBPM Selangor turut menasihatkan pemandu agar sentiasa berhati-hati terutama ketika memandu pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pemandu lori maut
#Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
#WCE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan