awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori maut rempuh belakang treler

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
12/04/2023
06:53 MYT
Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Keadaan lori yang dipandu mangsa setelah melanggar belakang treler di Kilometer 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pagi tadi. -Foto ihsan IPD Bentong
BENTONG: Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya melanggar belakang sebuah treler dalam nahas di Kilometer 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini, pagi tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa Mohamad Fahmiey Zainuddin, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Setapak, Kuala Lumpur menghala ke Jertih, Terengganu membawa muatan perabot.
"Sampai di tempat kejadian, lori yang membawa muatan perabot telah hilang kawalan semasa menuruni bukit sebelum melanggar bahagian belakang treler yang sedang bergerak di lorong satu.
"Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, treler terbabit membawa muatan besi buruk dari Klang, Selangor menghala ke Kuala Krai, Kelantan dan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ujarnya, pihak polis turut meminta kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
#Mohamad Fahmiey Zainuddin
#pemandu lori maut
#langgar belakang treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan