SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
MALAYSIA

Pemandu lori mengaku tidak bersalah sebabkan kematian remaja

Sinar Harian 21/08/2025 | 09:05 MYT
Yazit Mohd Haspani @ Aspani, dibawa ke Mahkamah Majistret Jelebu.
JELEBU: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di Jalan Besar Palong 16 pada 18 Ogos lalu.


Ringkasan AI
  • Seorang pemandu lori, Yazit Mohd Haspani @ Aspani, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian remaja lelaki berusia 18 tahun di Jalan Besar Palong 16 pada 18 Ogos.
  • Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 24 September 2025. Tertuduh (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian remaja lelaki di Jalan Besar Palong 16 pada 18 Ogos lalu.


Tertuduh, Yazit Mohd Haspani @ Aspani, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Mengikut pertuduhan, Yazit sebagai pemandu lori jenis Isuzu didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian mangsa dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Huzaifah Abdul Talib, memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 memandangkan kes membabitkan kehilangan nyawa.

Bagaimanapun, tertuduh memohon agar jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tanggungan keluarga dan pendapatan terhad.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan memerintahkan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 September 2025. - Sinar Harian



#kemalangan maut #kemalangan lori #lori rempuh motosikal #Jelebu