PETALING JAYA: Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan menghantar mesej lucah kepada seorang wanita tidak dikenali, dua tahun lalu.
Mohd Razman Ramli, 32, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan fakta kes dan jatuh hukum.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi media sosial secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada seorang wanita dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Ia telah dilihat di sebuah rumah di Ara Damansara, di sini pada jam 2.49 petang, 20 April 2020 lalu.
Atas kesalahan itu, OKS didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Kes berkenaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala OKS tidak diwakili peguam.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Sepang, seorang pekerja kontrak mengaku bersalah atas 12 pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah menggunakan perkhidmatan aplikasi media sosial.
Muhammad Hakim Habibullah, 31, selaku OKS membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Mengikut semua pertuduhan, OKS didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hantaran itu dilihat di Puchong, Selangor pada jam 7.40 pagi dan 12.35 tengah hari antara 13 Disember 2018 hingga 23 Jun 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) akta sama dengan hukuman yang sama.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Mac depan untuk fakta kes, jatuh hukum dan lantikan peguam.
Hakim Noorhisham membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS tidak diwakili peguam.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Astro Awani
Thu Feb 24 2022

Kedua-dua tertuduh didakwa memulakan penghantaran lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. - Gambar hiasan

BAM terus kerja keras lahirkan jaguh perseorangan lelaki
Barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara seterusnya, yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

Zon Halal | Usahawan perlu peroleh pengiktirafan sijil halal
MARA Sarawak kini komited menjadikan Bazar Mara Sarikei sebagai lokasi perniagaan berstatus zon halal. Menurut Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Zulfikri Osman, komitmen ini dizahirkan dengan mensyaratkan usahawan-usahawan premis makanan di bazaar itu memperoleh pengiktirafan sijil halal.

Bekalan Air | Peniaga Pasar Karamunting lega sudah ada air
Pada 6 Jun lalu, AWANI Borneo pernah menyiarkan laporan berkaitan masalah ketiadaan air berbulan lamanya di Pasar Karamunting, Sandakan. Derita para peniaga dan pengunjung di Siitu berakhir apabila masalah itu dapat perhatian pihak berwajib. Kini, tiada lagi masalah bekalan air. Para peniaga juga tidak perlu lagi mengangkut air bersih dari tempat lain. Ini kerana masalah air sudah diatasi dan bekalan kini seperti biasa.

Kenaikan Harga Barang | Sarawak teliti situasi sebelum umumkan inisiatif
Kerajaan Sarawak perlu meneliti data dan situasi kenaikan harga barang sebelum inisiatif tertentu dilaksanakan di peringkat negeri. Bagaimanapun tegas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, masalah yang dihadapi seluruh dunia ini tidak mempunyai penyelesaian secara langsung dan bantuan yang diberikan hanyalah untuk meringankan beban sementara.

Deepavali | Sarawak minta AGC teliti pewartaan cuti umum
Sarawak akan mencari cara untuk mewartakan perayaan Deepavali sebagai cuti umum meskipun kalendar negeri sudah kehabisan kuota. Jelas Abang Johari, pihaknya sedang meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti perkara itu.

Penurunan Kuasa | Kukuhkan Persekutusan, Sabah dan Sarawak
Penurunan kuasa Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak adalah tindakan terbaik yang perlu difikirkan kerajaan untuk mengukuhkan Persekutuan Malaysia. Perjuangan pemimpin di Sarawak misalnya dalam mengembalikan hak negeri itu melalui perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah menggambarkan kesan positif atas kestabilan politik dan kehidupam rakyat negeri itu.

Politik | Rakyat Sabah perlu bijak pilih pemimpin
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mahu rakyat Sabah memilih kerajaan yang menjaga kebajikan serta meringankan beban rakyat dalam pilihan raya akan datang. Menurut Shafie, ia berikutan keadaan negara yang berdepan pelbagai masalah di bawah pemerintahan kerajaan Persekutuan ketika ini.

Tangani Banjir | Bina terusan di Bukit Assek
Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg cadangan membina terusan bagi tangani isu banjir di kawasan Bukit Assek, Sibu, telah pun diusulkan sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi. Langkah itu juga mampu menjadikan tarikan pelancongan baharu di Sibu seperti Kota Amsterdam, Belanda.

Rundingan GRS | Serahkan sepenuhnya kepada BN Sabah
Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada BN sabah untuk menjalankan rundingan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun sebarang runding perlu dibuat berhati-hati.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Pemandu lori didenda RM6,000 hantar mesej lucah kepada seorang wanita
Seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menghantar mesej lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita yang tidak dikenalinya.

Pemandu lori, pekerja kontrak mengaku hantar mesej lucah
Kedua-dua tertuduh didakwa memulakan penghantaran lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.