MALAYSIA
Pemandu lori telur maut, nahas dengan lori tembikai di Lebuhraya PLUS
Mangsa yang berumur 32 tahun dibawa keluar dengan menggunakan pengusung dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. - Foto JBPM Perak
TAIPING: Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandu terlibat dalam nahas dengan sebuah lori lain di Kilometer 198.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Kamunting, pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu jam 5.18 pagi.
Katanya, kemalangan melibatkan dua buah lori iaitu sebuah lori satu tan jenis Isuzu membawa muatan telur telah terlanggar bahagian belakang sebuah lori 10 tan jenis Nissan UD membawa muatan tembikai menyebabkan mangsa tersepit
“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan telescopik bagi membuat renggangan dan pemotong hidrolik bagi membuat potongan bahagian lori,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, mangsa yang berumur 32 tahun dibawa keluar dengan menggunakan pengusung dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang membabitkan 16 anggota bomba tamat sepenuhnya jam 6.52 pagi.