NATIONAL
Pemandu lori terlibat nahas trak FRU ditahan semula, terbabit siasatan kes berbeza
Penahanan semula dibuat bagi membantu siasatan kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
TELUK INTAN: Pemandu lori muatan batu yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu, ditahan semula sebaik sahaja membayar wang jaminan pada Isnin.
Ringkasan AI
Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditahan semula ketika berada di pejabat kaunter pembayaran jamin Mahkamah Teluk Intan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk.
Dia ditahan kira-kira 20 minit selepas diikat jamin pada pukul 12 tengah hari.
Proses membayar ikat jamin berjumlah RM6,000 itu dilakukan majikan lelaki itu dan rakan sekampungnya.
Masing-masing dikatakan membayar jaminan berjumlah RM4,000 dan RM2,000.
Penahanan semula lelaki terbabit bagi membantu siasatan satu kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.
Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Supt Mohammad Ali Mohd Jali ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Ringkasan AI
- Seorang pemandu lori yang didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota FRU ditahan semula selepas membayar wang jaminan RM6,000.
- Dia ditahan oleh polis dari IPD Bagan Datuk di Mahkamah Teluk Intan, hanya 20 minit selepas dibebaskan dengan jaminan.
- Penahanan semula dibuat bagi membantu siasatan kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang berlaku di Hutan Melintang pada April lalu.