Pemandu mabuk hampir rempuh sekatan jalan raya direman

Adie Sufian Zulkefli
Mei 28, 2020 08:46 MYT
Suspek direman bermula Khamis sehingga Sabtu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan. Gambar Astro AWANI
Lelaki yang dipercayai mabuk dan hampir merempuh sekatan jalan raya di Kilometer 40.8 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung di sini, pada malam Rabu, direman tiga hari bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata suspek berusia 58 tahun itu direman sehingga Sabtu.
"Mahkamah memberi kebenaran perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Sabtu ini," katanya di sini pada Khamis.
BACA: Lagi kes pemandu mabuk, kali ini hampir rempuh sekatan jalan raya
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, pemandu terbabit yang dipercayai hilang kawalan hampir merempuh anggota polis dan tentera yang sedang bertugas dalam ‘Op Covid’ berhampiran susur masuk Plaza Tol Hutan Kampung.
Bagaimanapun kereta yang dipandu suspek yang dipercayai menetap di Butterworth itu terbabas sebelum melanggar tali penghadang di tengah jalan.
#Alor Setar #hampir rempuh polis #hutan kampung #mabuk #pemandu #pemandu mabuk #polis