Pemandu maut, 3 penumpang parah nahas 4WD terbabas di Beluran

Radhi Muslim
Jun 30, 2019 09:32 MYT
Seorang pemandu lelaki terbunuh, manakala tiga rakannya parah selepas pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka terbabas di Kilometer 75, Jalan Beluran ke Telupid, hari ini.
Seorang pemandu lelaki terbunuh, manakala tiga rakannya parah selepas pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka terbabas di Kilometer 75, Jalan Beluran ke Telupid, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Jayacelan a/l R. Manickam meninggal dunia di lokasi kejadian.
Tiga lagi mangsa tanpa dokumen pengenalan diri dan hanya dikenali sebagai Hamzah, Zul dan Sugianto Hamid pula dilaporkan cedera parah.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata sebelum kejadian, kenderaan itu sedang dalam perjalanan ke arah Sandakan dari Telupid.
"Sebaik tiba di lokasi, pemandu hilang kawalan dan terbabas sendiri ke kanan jalan.
"Pemandu kemudian meninggal di lokasi dan tiga mangsa lain parah.
"Lelaki berkenaan dipercayai mabuk," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Ahad.
Menurutnya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#Akta Pengangkutan Jalan #Jalan Beluran ke Telupid #Jayacelan #Kasim Muda #Seksyen 44 #Sugianto Hamid